Nuffnang

Thursday, 15 May 2014

misi mencari hadiah HARI GURU

Salam Semua....


Petang semalam lepas dah ambil Fayyadh dan Faris, baru teringat nak beli hadiah untuk cikgu2 Taska. . .biasalah cuti lama. .kat kampung tak ingat apa dah. .masuk kerja dah hari Khamis. .Jumaat dah hari guru. .Memandang dah saat2 akhir ni, beli ala kadar ja la. .bolehkan asalkan niat kita ikhlas nak bagi. Lepas encik suami ambil kami bertiga, kami pergi cari hadiah kat Mydin, Presint Diplomatik. .sampai2 kat Mydin ramai ja nampak orang pegang pembalut hadiah. . .naik kat tingkat atas, pun sama jugak. .macam sama ja dengan kami. .sibuk cari hadiah hari guru. .ibu bapa yang sibuk cari. .
untung cikgu2 . .

Mula tu pusing2 dulu, nampak mug. . .ingat nak beli hadiah mug ja. .tapi tak jadi . .pusing2 lagi. .encik suami ternampak bekas makanan yang comel. .terus terpikat. .ada empat biji. .hanya RM2.90
dalam bekas tu boleh isi coklat 3 4 jenis. .
Hadiah ni nak bagi cikgu2 yang pernah mengajar Fayyadh ja
Bilik Faris ada tiga orang cikgu
Kalau Fayyadh pulak
masa kelas setahun ada dua orang cikgu
kelas dua tahun pun dua orang
kelas tiga tahun dua orang jugak
baru2 ni Fayyadh dah pindah kelas empat tahun
tahniah anak ibu dah kena tukar kelas walaupun umur Fayyadh belum masuk 3 tahun. .
kelas empat tahun ada dua orang cikgu 
dan kat penyelia taska
kiranya semua sekali dua belas orang

isi kat dalam tu beli coklat
beli coklat campur2 kat tingkat bawah. .
Jumlah keseluruhan bekas makanan +coklat RM53

Malam tu  Fayyadh dan encik suami yang isikan coklat dalam bekas
Faris pun sibuk nak tolong jugak. .
ibu sibuk masak kat dapur tak dapat la nak tolong. . .










No comments:

Post a Comment