Salam semua.....
Entri kali ni saya nak kongsikan keperluan penyusuan susu ibu bagi bakal2 ibu kat luar sana. Saya harap info ni dapat membantu serba sedikit bagi ibu2 yang tengah mencari2 apa yang perlu di beli. .kalau nak lagi detail saya sarankan bakal2 ibu belilah majalah Pa&Ma. .memang dapat boleh dapat info berkaitan keibubapaan dan pra sekolah kat dalam tu. . boleh jadikan rujukan setiap masa. Untuk bakal2 ibu, kalau nak tahu lebih detail lagi tentang perkembangan bayi sepanjang minggu bolehlah dapatkan buku 40 MINGGU NAN INDAH. .kat dalam buku ni memang ada panduan dari trimester pertama(1-12 minggu),trimester kedua(14-27 minggu) dan trimester ketiga (28-40 minggu) sehinggalah penjagaan postnatal(30 -40 Hari). Saya dapat tahu buku melalai kakak saya. .mula tu saya pinjam ja kat dia. sebabnya susah nak dapat. .dulu saya setiap kali pergi MPH,Popular atau kedai buku kat mana2, mesti cari buku ni. .Nasib la masa saya pergi expo baby kat Mid Valley ,Karangkraf ada bukak booth dapat la saya beli.Bagi sesiapa yang nak beli online bolehlah klik kat sini
Pam Susu
-terpulang kepada korang nak beli pam elektrik atau manual. Bagi saya , saya lebih suka dan selesa guna yang elektrik(double pump). .saya punya Spectra 3..memang sangat rilex..
Beg Pendingin
-Beg ni penting untuk menyimpan susu semasa perjalanan dari rumah ke pejabat dan untuk penyimpanan susu di pejabat bagi sesiapa yang di pejabat tiada kemudahan peti sejuk.
Beg Pam Susu
-saya guna beg beli kat Modernmum.Beg ini saya simpan pam untuk ke pejabat. .selain tu, untuk kegunaan pergi travel..nak isi keperluan barangan baby.(baju,tuala,pampers)
Chest Freezer
-untuk simpan EBM..masa cuti dalam pantang tu memang saya dah mula buat stok EBM.
Washable Breastpad
-ni penting sangat. .untuk menahan lelehin susu pada bra. .saya masa dalam pantang kalau tak pakai memang selalu basah baju. .rasa comot ja..pernah dulu masa anak sulung saya. .masa tu baru masuk kerja selepas cuti bersalin. .ponteng waktu pam susu. .sedar2 baju dah basah. .nasib hari tu bukan pakai baju plain. .
Nursing Cover
-kalau keluar pergi shopping atau pergi jalan2 . .si kecik dah nangis kelaparan. .kadang2 setengah mall tak sediakan tempat ibu menyusu. .nursing cover ni la penyelamat untuk si kecik menyusu tak kira di mana anda berada. .tapi kadang2 ada ibu kat luar sana tak kisah pun menyusu tanpa cover di khalayak ramai..
Pek Ais
Bekas Penyimpanan susu
Pemanas (rumah & kereta)
Kat pejabat saya akan pam 2 kali sehari. .pagi2 tu banyak la beg saya bawak. .memang orang akan tegur. .banyak sangat beg. .setiap hari saya bawak 4 botol penyimpanan susu.1 sesi saya akan dapat 7-9 oz. .ingat masa mula2 masuk kerja lepas cuti bersalin. .sehari boleh dapat 20 oz. .tapi Faris dah nak masuk 11 bulan. .13 oz..masa Fayyadh dulu pun macam ni jugak. .dulu Fayyadh tak dapat tempat lagi kat taska dekat pejabat saya.kalau tak cukup susu..masa rehat memang encik suami datang ambil saya la pergi hantar susu kat Fayyadh. .tapi nasib sekarang Faris dapat taska kat ofis. .saya jalan kaki ja pergi hantar susu kat dia.saya akan sediakan untuk Faris 3 botol ebm sehari. .
Ada makan supplement untuk tambah susu ??? ya saya memang ada makan supplement. .tapi betulkan orang cakap kalau makan supplement tak rajin pam dan minum banyak air pun tak jadi juga. .saya makan supplement shaklee. .dari menyusukan Fayyadh lagi. .tapi masa Faris .masa dalam pantang saya memang tak boleh makan sebarang supplement sebabnya. . Faris prolonged jaundice. .saya siap beli set berpantang shaklee. .walaupun tak dapat makan supplement. .encik suami memang jaga pemakanan saya.terima encik suami. .dan walaupun tak makan supplement. .syukur alhamdulillah Allah bagi rezeki kat anak saya. .susu badan masih banyak. .Fayyadh dulu pun banyak jugak. .memang saya kerap bagi susu kat Faris sampai la tembam sangat. .yala susu ibu ja pengubat untuk jaundice. .Fayyadh dulu kena tahan wad semalam. .Faris pun kena tahan wad juga. .Faris sampai kena puasa dan hampir kena tukar darah. .tapi nasib selepas dia puasa. .tak kena pun tukar darah. .anak2 kepada ibu berdarah O+ memang risiko kena jaundice tinggi kan. .
Bagi bakal2 ibu di luar sana ,tanamkan dalam diri untuk bagi susu ibu. .dan sediakan kelengkapan sebelum bersalin. .nanti kesian kat suami nak pergi cari. .
Tembamkan si comel dengan susu ibu bukan susu formula. . .
Anda pasti rasa kelainannya apabila memicit pipi si comel. . .
No comments:
Post a Comment