Nuffnang

Friday, 16 May 2014

Bila aku jadi ibu

Assalamualaikumm. . . .

sebelum ni kita dengar lagu BILA AKU KAYA( altimet feat awi rafael)
kali ni saya nak tulis pasal BILA AKU JADI IBU plak

bila aku jadi ibu
terus aku tak cukup tidur
kalau anak menangis tengah malam
mesti cepat2 akan terjaga

bila aku jadi ibu
terus aku tak geli2
dulu terkena air besar . .air liur anak buah
geli ja. .tapi anak sendiri dah mangli

bila aku jadi ibu
kalau anak tak sihat
dah siap nak tidur malam
dan menyusukan anak
anak batuk dan TERmuntah
habis kena cadar dan baju akU
tapi aku tak rasa nak marah pun
dan terus bangun mandi


bila aku jadi ibu
keluar2 jalan kat mall
dah pakai baju cantik2
tiba2 anak TERbuang air besar
dan TERkena baju aku
aku tak kesah pun
dan tak dapat la nak pergi tempat lain
dan terus balik rumah

bila aku jadi ibu
dah tak kesah baju kedut
sebab pagi2 otw pergi kerja
menyusukan anak
baju sah2 akan kedut
tambah2 hari khamis(pakai baju batik)

bila aku jadi ibu
tengah make up
baru pakai eye liner sebelah mata
tiba2 anak menangis
terus kena tenangkan anak dulu

bila aku jadi ibu
dah siap nak pergi kerja
dan nak depan pintu rumah
tiba2 dengar bunyi yang menarik dan tertarik
dan bau yang menyasyikkan
aku terus tengok pampers anakku
dan terus tukar pampers anakku

bila aku jadi ibu
otw nak pergi kerja
kalau anak TERmuntah kena baju
aku kena la patah balik rumah
tukar baju lain

semua ni bukan nak merungut tau. . .
saja suka2 ja. .Fayyadh & Faris ibu sayang sangat kat anak2 ibu
terima kasih Allah bagi peluang dan rezeki kat saya menjadi ibu
bila jadi ibu ni lain sangat perasaan dia


No comments:

Post a Comment