18 Mei 2014, Taska putera2 saya ada hari keluarga bertempat di Perkarangan Menara Seri Wilayah Kementerian Wilayah Persekutuan, Presint 2..alamat penuh lagi saya bagitau . Terima kasih yang tak terhingga kepada Pengarah Urusan Ayu Manja Sdn. Bhd, Datin Radziah M. Daud anjurkan hari keluarga ni. .saya dapat tau pasal hari keluarga ni kat group whatsApp Parents Ayu Manja. .untuk Hari Keluarga ni taska yang terlibat adalah Taska Nur (Kem.Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) ,Taska Sejahtera Seri Wilayah (Kementerian Wilayah Persekutuan) dan tadika anak saya, Taska Permata Ayu Manja Saleha (Kementerian Pendidikan Malaysia). .macam biasa kalau ada event2 apa mesti ada tema dan mesti kita akan fikir kena bawak apa . .pakai baju warna apa kan. . .bila baca surat jemputan tu, kak azmah(penyelia) ada bagitau minta bawa bersama makanan (picnic basket), tikar dan patung Teddy Bear. .anak saya dua2 lelaki. .mana pernah beli teddy bear. .rupa2nya tema hari keluarga ni adalah Teddy Bear Picnic. .walaupun saya tak dapat bawak patung teddy bear. .saya bawak jugak laa mainan anak saya. .robot kesukaan Fayyadh. .
Warna Baju??untuk taska Fayyadh & Faris kena pakai warna hijau epal. .taska nur (ungu) dan taska seri wilayah (biru lembut). .disebabkan Fayyadh tak dak baju warna hijau epal. .malam ahad tu, pergi la cari baju kat alamanda. .Faris dah ada warna tu tapi ibu beli jugak baju baru kat Faris. . alang2 dah kat alamanda. encik suami cari bakul kat Parkson. .dapat la bakul yang dicari. .lepas ni boleh jugak guna untuk pergi berkelah kan. .tak rugi pun beli. .
Pagi ahad tu, encik suami yang siapkan barang2 dalam bakul. .pukul 8.45 pagi gerak dari rumah. .sampai kat Menara Wilayah pukul 9 pagi..sampai2 dah ramai orang cuma belum mula lagi. . .Maria Tengku Sabri selaku pengacara majlis dah sampai. .kami terus pergi cari tempat untuk bentang tikar. .dah siap bentang ,barulah pergi beli makanan untuk sarapan. .pukul 9.30 pagi baru majlis ni bermula. .perasmian oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, YABhg Puan Sri Datin Paduka Norainee Abdul Rahman turut hadir Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Banyak jugak booth yang ada hari tu.Antaranya booth buku,makanan(nasi lemak,bihun goreng,karipap,kek,cupcake),mainan kanak2,cadar,young artist,photobooth,face painting dll.
Pagi ahad tu, encik suami yang siapkan barang2 dalam bakul. .pukul 8.45 pagi gerak dari rumah. .sampai kat Menara Wilayah pukul 9 pagi..sampai2 dah ramai orang cuma belum mula lagi. . .Maria Tengku Sabri selaku pengacara majlis dah sampai. .kami terus pergi cari tempat untuk bentang tikar. .dah siap bentang ,barulah pergi beli makanan untuk sarapan. .pukul 9.30 pagi baru majlis ni bermula. .perasmian oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, YABhg Puan Sri Datin Paduka Norainee Abdul Rahman turut hadir Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
makanan kena bawak sendiri. .tapi kalau nak beli kat gerai kat sini pun ada jugak encik suami beli bihun goreng,nasi lemak dan karipap |
ni masa perasmian dan bacaan doa oleh adik2 daripada ketiga2 taska |
setiap kali pergi ambil Faris kat taska mesti dia dok dengan auntie Ayu |
jom conteng muka |
Jamilah Dance |
pertandingan mengikat tali kasut |
Pertandingan isi air dalam botol |
encik suami dan oreo |
abaikan shawl saya yang senget tu yaaa:) bergambar sebelum nak balik bersama kak radzi |
cikgu daripada ketiga2 taska |
Program pada hari tu mendapat liputan daripada RTM dan terselit jugak kat utusan bernama .Rupanya seronok jugak ber'picnic' dalam bangunan. .sebelum ni kalau picnic kat taman2 atau pantai ja. . .Secara keseluruhannya, seronok dapat join program ni. Sekali gus dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa, cikgu2 taska dan pihak pengurusan taska. .yang penting Fayyadh & Faris seronok. .