Nuffnang

Monday, 21 December 2015

Jom Riadah dengan 30 Minit

Hyeee. . .. 


Salam semua....

Jom riadah hanya dengan 30 Minit.
Walaupun dengan 30 minit kita dapat menggembirakan orang tersayang terutamanya anak-anak kita.
Pagi-pagi dah sibuk nak ke tempat kerja.
Hantar anak ke sekolah
Hantar anak ke taska
Saya yakin dengan meluangkan masa dengan mereka
Ini dah memadai  untuk menggembirakan hati mereka
Kat Putrajaya memang banyak sangat tempat untuk riadah
Baru-baru ni lepas balik dari pejabat
Ambil anak2 dari taska
Saya cadangkan kat suami 
untuk ke tempat riadah berdekatan
Pusat Sukan Air Presint 6
tempat yang menjadi tempat kesukaan pengantin
untuk ambil gambar kahwin
dan pasangan2 berchenta
Pemandangan kat sini memang cantik
tapi tempat serius sangat seronok
dan ada tapi lagi kena lebih berhati2 kena kawal anak2 
kat sini kalau nak pergi jangan lupa bawa roti 
sambil menghirup udara segar
sambil berkelah
pada masa yang sama kita boleh beri ikan makan
Anak2 memang suka sangat bila masukkan ja roti kat air
Banyak ja ikan datang



Aktiviti Fayyadh di Little Caliph

Salam semua.....

Hari ni dah 22 Disember 2015..beberapa hari lagi tahun 2015 akan melabuhkan tirai. Kejap ja kan. Fayyadh pun dah setahun kat Little Caliph Desa Pinggiran Putra. Alhamdulillah Fayyadh dah dapat hafal surah, baca dua suku kata. Setiap kali balik tanya dia belajar apa, jawapan Ayadh main ja ibu. Rupanya sistem pembelajaran kat Little Caliph memang belajar sambil bermain. dan dia akan bagitau Ayard solat dhuha tadi. Ada hari yang dia bagitau tadi kat sekolah Ayard kena jadi imam.Sejuk hati ibu dengar. Usia 4 tahun kita bukan nak tekan suruh dia belajar sangat kan. .tapi sekurang-kurang dia dapat belajar sesuatu. Budak-budak sekarang memang cepat belajar dan ingatan mereka kuat kan. Memang lain sangat dengan budak-budak dulu. 

Sejak Fayyadh belajar kat Little Caliph saya perasan dia sopan. Kalau sediakan seluar pendek untuk baju persalinan sebelah petang. Petang tu, dia bagitau la. Ibu lain kali jangan bagi Ayard bawa seluar pendek. Nanti Fayyadh nak sembahyang nampak aurat. Ada lagi yang saya perasan dia lain la bila belajar kat LC. Kadang-kadang ibu plak jadi malu bila ditegur anak seusia 4 tahun.

Sepanjang Fayyadh kat Little Caliph Desa Pinggiran(LCDPP), pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak LCDPP. Hujung tahun, saya tahu mesti ramai ibu bapa . .tapi kebanyakkan ibu2 yang sibuk mencari tempat untuk anak2 mereka. Setiap hari mesti mintak tolong pakcik google. Ok kat sini saya nak kongsikan aktiviti anak saya sepanjang tahun 2015.

Antara aktiviti yang dianjurkan trip ke Taman Burung Kuala Lumpur. Selepas lawatan ni memang Fayyadh teruja sangat bercerita pengalaman dia masa lawatan tu. Cerita burung-burung apa yang dia tengok. LCDPP ada anjurkan lawatan ke Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Semasa lawatan tersebut anak2 LCDPP belajar sembahyang sunat tahiyatul masjid, sembahyang dhuha dan adat2 ketika di masjid.

Selain daripada lawatan yang dianjurkan, setiap minggu ada aktiviti yang mereka belajar mengikut tema. .contohnya tema Pekerjaan. Anak2 LCDPP akan berpeluang memakai baju uniform mengikut pekerjaan yang mereka minati. Apabila mereka belajar tentang buah-buahan, anak2 diberi tugasan untuk membawa buah yang telah diarahkan oleh guru kelas masing-masing. Fayyadh diberi tugasan untuk membawa buah ciku. Alhamdulillah senang untuk memcari buah ciku. Selalunya anak2 kita kenal buah, melalui buah yang selalu kita beli dan buah yang kita suka kan??? buah yang bukan menjadi kegemaran keluarga kita mungkin kita tak beli dan besar kemungkinan anak kita tak kenal pun buah tersebut. Melalui aktiviti ni, anak2 LCDPP bolehlah mengenal, merasa dan memegang sendiri buah tersebut. 






Pada bulan Jun, LCDPP menganjurkan Hari Sukan. Hari Sukan gabungan antara 3 Little Caliph bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi. Kesian Fayyadh masa tu, tak dapat ikut kesemua latihan sukan. Semasa tu, saya cuti bersalin. Fayyadh terpaksa ikut ibu balik kampung walaupun Fayyadh balik kampung. Ibu minta bantuan cikgu rumah sukan Fayyadh untuk hantar video lagu rumah sukan. Kat kampung pun Fayyadh boleh berlatih lagi kan.Seingat saya hari sukan tu anak LCDPP dibahagi kepada 4 buah rumah sukan, hijau, ungu, merah dan biru.Fayyadh rumah ungu. Walaupun rumah sukan bukan menjadi juara hari tu. Ibu dah berbangga dengan Fayyadh sebab Fayyadh dapat hafal lagu rumah sukan dan gaya dia sekali. Fayyadh sertai jugak sukaneka untuk wakil rumah ungu.






Lawatan untuk penutup tahun 2015 ialah lawatan ke Petrosains. Berat juga hati nak lepaskan Fayyadh pergi lawatan ni memandangkan semasa Fayyadh di Taska Ayu Manja. Taska Ayu Manja ada anjurkan lawatan ke Petrosains dan membenarkan ibu bapa untuk sertai sekali. Saya ingat lagi masa tu, Fayyadh siap suruh dukung dia. .agaknya penat sangat berjalan kat dalam tu. .tapi risau memang risau. Kalau tak bagi dia pergi, kesian pulak bila kawan2 kelas dia seronok bercerita tentang lawatan tu. Terima kasih cikgu-cikgu LCDPP kerana mengajar, mendidik dan menjaga anak saya sepanjang anak saya di LCDD. Tahun depan jumpa lagi. .Fayyadh dah tukar kelas baru.

Dan yang terakhir......bila anak dah bersekolah walaupun baru 4 tahun. Balik rumah , siap la kita tengok ada drama swasta. Adik dipaksa untuk menjadi anak murid..tapi nak tengok drama ni kena sembunyi2. takut pelakon dia perasan. nanti dah tak jadi berlakon.




Wednesday, 9 December 2015

#TB ::: Menu pantang yang paling sedap!!!!!

Hyeeee

Assalamualaikum......

Entri kali ni saya nak kongsikan menu berpantang.Walaupun Fudhail dah 9 bulan ni baru sempat nak cerita pasal menu pantang.Mesti ibu-ibu yang tengah preggy sementara nak tunggu baby keluar sibuk dok google menu berpantang kan. .siap print bagai. .untuk buat rujukan bagi kat encik suami. Saya pun buat macam tu jugak. tapi akhirnya menu yang sama jugak setiap hari. Encik suami asyik tanya tak bosan ke hari-hari lauk tu ja. .menu yang sama pun kita suka dan penting berkhasiat tak apa kan. .dan jangan lupa makan buah-buahan . .macam saya makan buah oren. Sepanjang pantang saya memang tak dibenarkan makan sebarang jamu disebabkan anak saya prolonged jaundice. Jadi saya kena lah makan makanan berkhasiat. 

Menu sarapan 

Dikatakan setiap hari saya makan biskut jacob+milo
kalau tukar menu pun sebab encik suami dah bebel asyik makan yang tu ja.
Beli setin memang tak cukup. .lepas menyusu, kalau dah lapar, ketar2 .memang kena cari biskut.

Menu Tengah hari

Nasi putih + ikan kembong bakar+ brokoli
Nak sedap makan panas2 letak kicap +tabur lada hitam
Memang berselera makan macam ni pun
-ikan kembong bakar tu saya bakar kosong ja atau nak letak lada hitam pun ok jugak
-bkoli (rebus kejap ja. .letak butter +garam skit)
Nasi putih+ikan merah bakar+sayur sawi
wjajib letak kicap+lada hitam
Nasi putih+ikan siakap stim

Menu Makan malam
sama jugak dgn menu tengah hari :)

Sebenarnya tak lah serumit yang disangkakan. .mesti ingat apa ja yang kita boleh makan. Menu yang saya kongsi ni pun sedapkan. .dah bosan makan bakar2. .makan masakan stim plak. Saya rasa semua orang sama kot. Menghitung hari nak lepaskan geram sebab makanan yang orang dok post kat fb dan ig kita tak dapat makan. .habis ja pantang semua nak makan. Saya ingat lagi tepat ja 46 hari, ajak encik suami pergi ikea. 45 hari hanya boleh keluar pergi klinik dan hospital ja. Semasa Faris dulu, dah merdeka..terus pergi radiusite shah alam. .Mesti orang kata . .apa la.Sepatutnya dapat keluar rumah pergi la masjid dulu. . .ni tak. .

Jadilah masa berpantang memori paling indah. .bukan selalu dapat makan menu macam tu kan. .bila kita dah sihat ni. .tak kot nak makan makanan macam tu. .



Alhamdulillah ..dah tahun ke-5

Assalamualaikum....

Lama gila kot tak update blog nihh. . sejak bergelar ibu beranak tiga. Memang susah nak cari masa. Memandangkan sekarang dah kena disiplin buat stok EBM untuk Fudhail Anaqi. Rasa cepat ja masa berlalu. ..Syukur sangat Fudhail dah 9 bulan bf sepenuhnya.

Setiap tahun 4 Disember antara tarikh penting dalam hidup saya. Tarikh tu merupakan tarikh saya bertukar status menjadi isteri encik Fairuz. Dalam masa lima tahun, Allah kurniakan rezeki tiga orang cahaya mata kepada kami. Semuanya putera. Fayyadh baru2 siap cakap, ibu mana geng ibu. Kami dah ada geng boy nih. .tak pa Fayyadh ,mana tau .Dua tiga tahun lagi, Allah bagi geng kat ibu. Sabaq na.

Selalunya bila muncul tarikh2 penting dalam hidup ni. .pening jugak memikirkan nak bagi hadiah apa untuk orang kesayangan kan. . .Ni saya niat nak kongsi ja bukan nak menunjuk2 tau. .Saya nak kongsikan hadiah yang saya pernah bagi. mana tau boleh membantu kalau2 ada orang yang tengah dok google nak cari hadiah. Saya kongsikan hadiah yang pernah saya bagi la untuk encik suami. . mengikut bajet saya. .tapi kalau hangpa ada bajet lebih bolehlah nak cari hadiah yang lebih ohsem kan. . .??? Antara hadiah yang saya pernah bagi jam tangan, handphone, purse, tali pinggan , perfume dan idea hangpa sendiri. sorry. . . Bagi saya biarlah kita bagi hadiah kat orang tu yang boleh buat kenangan dan tahan lama. Tak kisah lah murah pun asalkan orang yang menerima tu menghargai. Betoi x???

Selalunya tarikh 4 Disember, kami keluar dating dan tarikh ni hari bekerja. . tapi tahun ni jatuh pada hari jumaat. .tak dapat la nak dating. .tak dapat dating nak jugak sambut tarikh bersejarah ni. Memandang kakak saya ada kat rumah. Sebenarnya tarikh tu sama dengan hari lahir kakak no 4 saya. .Alang2 boleh lah sambut Ulangtahun perkahwinan dan besday 2 orang kakak saya (sorang 4 dis dan 6 dis). Kira sebiji kek kongsi hari bersejarah untuk empat orang.

Hari khamis ,  3 Disember. Baru dapat idea nak buat apa. .masa tengah buat kerja dapat idea nak sambut anniversary ni ringkas2 ja. . yang penting anak2 suka. .Saya plan buat kat Dataran depan Istana Kehakiman. .walaupun dah bertahun2 dok kat Putrajaya. Ni kot kali pertama bawak anak2 pergi dataran tu malam2. Serius seronok sangat sekali sekali bawak anak2 main kat situ. .Dapat tengok depa lari sana sini. .Rupanya ramai orang datang lepak2 . Kebanyakkan family yang ramai datang.

keluarga kecik saya

sepupu sepapat
jawa+melanau+
Mandailing



Lepas kerja terus ajak encik suami beli kek kat Secret Recipe kat Presint 3 dan kakak saya beli KFC. nak beli pizza.. nnti ibu dan abah kena abiskan pizza tu. topping kat atas tu Fayyadh dan Faris yang makan. . .ni x adil. . Selesai ja solat maghrib kat rumah, kami terus gerak pergi dataran. mula tu ingat tak dak orang. .lama2 penuh dataran tu. . .siapa2 yang pernah pergi boleh la lepas ni berkelah kat situ. . .

Abg, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang kelima. .terima kasih jadi bapa kepada anak2 ibu dan terima segala kekurangan ibu 

dan Happy belated birthday kokpiah dan asil



Wednesday, 12 August 2015

Putera Ketigaku - Muhammad Fudhail Anaqi

Salam semua. . .

Blog ni memang bersawang-sawang. .lama tak update. .Alhamdulillah setelah lama bercuti. ni baru berkesempatan untuk update blog . Saya selamat bersalin anak ketiga. .pada 5 Mac 2015(37 minggu 3 hari).Baby tak sabar nak keluar. Fayyadh & Faris melihat dunia pada 38 minggu. . Fuhh!!! Dah 3 orang hero+ encik suami 4 orang.  Saya seorang ja perempuan dalam rumah tu. Dulu masa sebelum kawin dalam keluarga saya, abah saya seorang ja jejaka. Keluarga saya semua puteri-puteri. Sekarang dah terbalik. 

Mesti semua orang ingat kalau bersalin anak ketiga senang dan mudah. .yala nama pun anak ketiga. .tapi sebenarnya tak sama. .lain orang lain dia punya pengalaman. .tak kesah la anak pertama kedua ataupun ketiga. Tapi apa cara sekali pun saya terima dan bersyukur Allah kurnia nikmat dan pengalaman melahirkan anak. Hanya orang yang pernah alamai sendiri tahu betapa sakitnya sakit semasa bersalin. dan akan rasa kesian dan tahu pengorbanan seorang ibu. Walaupun kita cerita kat kawan-kawan yang belum pernah alami saat-saat kelahiran dan pengalaman semasa mengandung. .mereka tak akan dapat bayangkan betapa sakitnya saat tu.

Bayangkan dalam dok cerita-cerita sakit itu dan ini. Seorang ibu mesti tak akan pernah pernah serik untuk dapat zuriat. Kesakitan semua tu akan terubat apabila dengar tangisan baby. . . memang tak dapat nak bayangkan perasan masa tu. Syukur saya dapat melahirkan ketiga-tiga anak saya secara normal dan tanda-tanda kelahiran yang berbeza.

Putera ketiga saya diberi nama MUHAMMAD FUDHAIL ANAQI. Dilahirkan di Hospital Serdang jam 9.32 malam. Mesti ada yang nak tahu kan maksud nama tu???ada tak??kalau tak ada, nak jugak saya kongsikan. .pengalaman saya nak cari nama anak. .penat kot. google. google. .dah penat google . .cari nama-nama yang unik dan maksud yang baik kat ig. sebelum nak minta encik suami daftarkan nama. Pening kepala juga asyik mencari nama yang sesuai untuk si kecik tu. Fudhail tu maksudnya KELEBIHAN & KEMULIAAN. Anaqi pulak maksudnya keindahan yang menawan hati.

Alhamdulillah putera ketiga saya sekarang dah masuk 5 bulan 8 hari, berat dah macam umur setahun. .nak cari baju pun kena cari baju untuk umur setahun. .Perasaan dapat anak tiga???Serius tak sangka dah ada anak 3 orang. .tapi sebenarnya seronok dan bersyukur teramat sebab Allah bagi rezeki ni. .dan amanah yang tersangat berat sebenarnya untuk dipikul. .Tiga orang anak memang masing-masing berbeza karekter. .anak-anak ni la penghibur dan pelengkap rumah tangga saya dan encik suami.

Soalan setiap kali keluar jalan-jalan. .TIGA-TIGA LELAKI?yupz. . .memang dan akan kena soal soalan tu. . .sebenarnya banyak sangat nak cerita. nanti jumpa lagi di entri yang akan datang..ni permulaan setelah lama bercuti. .



Wednesday, 25 February 2015

RIANG RIA ANAK2KU @ KIDZOOONA AEON TAMAN EQUIN

Salam semua.....


Cuti raya baru2 ni mesti ramai yang pergi bercuti tak pun ramai yang balik kampung terchenta kan...???Saya sekeluarga setia dok kat rumah ja. .dok kat rumah pun macam2 kerja ada tau. Disebabkan tak nak sangkut jem lama2 dok ja kat Putrajaya. Pengalaman tahun lepas balik kampung masa raya cina. .fuh!! berjam2 tersangkut jem. masuk jalan lama pun sama jugak. Tambah2 pulak ada mak buyong. .sebab tu jugak la tak sanggup nak tempoh jem. 

Dok rumah je kerrr??? tak la. .kesian kot tak bawak Fayyadh Faris keluar jalan2. Hari sabtu keluar pegi cari barang baby. .ahad pegi kenduri kahwin sepupu kat Kajang. .lepas ja kenduri terus pegi Aeon Taman Equin. Sampai kat sana pukul 4.30 pm dah, apa lagi terus terjah Kidzooona. Ramai jugak orang petang tu. .ingat ramai yang balik kampung. Mula2 kena isi borang dulu, simple ja kena isi borang nak masuk tu. .dan buat pembayaran. Seorang RM17 untuk weekend.kalau weekday RM10 ja.





Aeon Fantasy- Kidzooona ni bukan ada kat negara kita ja. Kat Jepun,China,Thailand, Filipina dan Indonesia pun ada jugak.Untuk di Malaysia, Aeon Fantasy yang ada Kidzooona tak ada di semua negeri. Bagi negeri yang ada Kidzooona hanya ada di Klang Valley(Empire Subang,Aeon Taman Equin dan Aeon Au2(Setiawangsa),Perak(Aeon Taiping dan Aeon Ipoh Station 18), Melaka (Aeon Bandaraya Melaka) , Johor (Aeon Bukit Indah dan Aeon Malll Kulaijaya) dan terakhir di Pulau Pinang (Aeon Bukit Mertajam).





Untuk yang berminat atau berhajat nak buat sambutan hari lahir kat Kidzooona ni bolehlah semak pakej-pakej yang ada dan nak tau lebih terperinci, buka website Aeon Fantasy.  Pakej hari lahir ni ada dua pakej, A dan B. Tak semua Kidzooona ni boleh buat sambutan hari lahir, hanya di Taman Equin dan Ipoh Station 18 ja tau.







Petang tu, Fayyadh & Faris memang puas hati dapat main kat Kidzooona. Walaupun ramai orang, diorang dapat main dengan selesa. Tempat untuk ibubapa menunggu pun luas. Apa yang menarik, kalau nak keluar masuk balik pun boleh lagi janji pas masuk masih dalam keadaan baik. Jangan tanggal pulak pas masuk tu..bila dah keluar. Mana tau anak2 kecil korang nak masuk main kat dalam tu lagi. Kat Aeon Equin ni, saya dah terpikat kat surau yang disediakan..serius memang surau dia memang sangat selesa, bersih dan cantik rekaan dalaman surau ni.  Lepas ni bolehlah  kalau nak bawak anak2 pergi main kat Kidzooona bagi ibubapa yang dah buntu tak tau nak bawak pegi mana. Yang pasti tempat ni dekat dan anak2 pun mesti suka. .cuma nak masuk jalan utama nak pergi Sri Kembangan ni selalu sesak. Harap bersabar ya. . .tapi tak seteruk sesak kat highway masa perayaan raya cina tau. 





Bubyeeee. . . nanti klu ada rezeki kita datang lagi ya...

Tuesday, 10 February 2015

Minum air gula @ MGTT???

Salam. . . 


Sedar tak sedar usia kandungan saya dah menjangkau 34 minggu. Bagi saya perkara yang paling tak suka bila mengandung ni. .MINUM AIR GULA. .dan setiap kali kena timbang berat badan. .padahal bila makan tu tak ingat dunia. rasa makan macam biasa ja. .tapi bila mengandung berat naik dengan jayanya.
Nak2 kalau makan kat rumah, kalau tak tambah nasi. .macam pelik ja. mesti nak jugak tambah. kalau malu2 nak tambah. encik suami mesti tegur betul ke tak nak tambah. Aduh!!! ni soalan yang selalu saya tewas. .tak pun kalau malu nak tambah. saya cover baik punya. habiskan nasi anak. .kesimpulannya tambah jugakkan.

Dalam dok diet2 ni. .saya balik kampung pulak. .kalau dah balik kampung sah2 la saya makan tak kawal. .semua teringin ja. Dapat pulak makan masakan mak kan. .bertambah berselera la jawabnya. Orang lain dah lama sudah. tinggal la mak buyong sorang2 dok habiskan makanan dalam pinggan. Macam mana tu. .macam mana lagi. .tunggu bila pergi check-up. .tahan ja telinga nurse nak bebel.. kenapa awak tak kawal pemakanan awak???nurse siap tunjuk lagi cara pemakanan yang betul. .Balik kampung baru2 ni, abah saya bawak pergi makan kenduri kat rumah kawan dia. Sebelum tu abah dah bagitau,rumah kawan dia ni makan dalam talam tau..selalu makan nasi daging tapi kali ni tak pasti la makan apa dan masih dalam talam kew. .Sampai ja kat rumah kenduri . .dah terang tang tang makan dalam talam dan nasi daging. Huh!!!Apa lagi terus rasa lapar. .lama pulak tak makan kenduri kat kampung. .mak buyong ni makan berselera dan siap tambah lagi. padahal makan satu talam tu dua orang ja. Nak sedapkan hati makan untuk dua orang kan.

Orang yang selalu risau berat badan saya. .siapa lagi kalau bukan encik suami. .dialah yang selalu nasihatkan kawal kalau makan tu. .tapi bila mengandung ni. .nilah cabaran saya selalu sangat lapar..bila encik suami tanya nak tambah atau tak tu. .kena faham la maksud tersirat disebalik soalan tu. .

Semasa mengandungkan Fayyadh dan Faris, seingat saya sekali ja kena minum air gula @ MGTT tapi untuk kandungan ketiga ni tiga kali tau saya kena minum air gula. .Hmmm. . .mesti yang tak tahu apa MGTT tu .buntu kan??? MGTT(Modified Glucose Tolerance Test) tu ialah ujian pemeriksaan glukosa dalam darah. Selalunya orang sebut kena minum air gula. Ujian ni dibuat untuk memastikan darah tidak mengandungi gula yang berlebihan. Kenapa ujian ni dilakukan??? Sebenarnya ujian ni dilakukan untuk mengesan ibu hamil ni menghidap kencing manis atau tidak . Kencing manis semasa hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) di mana paras gula meningkat secara berlebihan dalam darah. GDM selalunya dikesan semasa kandungan 28 minggu dan 34 minggu kehamilan, dan akan hilang selepas bayi dilahirkan. Kencing manis semasa kehamilan bersifat sementara.

Antara risiko apabila ibu hamil menghidap kencing manis???
-Bayi sukar bernafas
-Kemungkinan bayi mati dalam kandungan sekiranya kencing manis gagal dikawal
-Sakit kuning
-Kemungkinan bayi cacat
-Meningkatkan risiko untuk lahir secara pembedahan
-Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing meningkat yang dipanggil pre-eklampsia
-Air ketuban berlebihan

Bagi ibu hamil yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis atau pernah dapat diabetes gestasi masa mengandung sebelum ini, biasanya ujian ni akan dibuat lebih awal. Ingat tak semasa mula2 nak buka buku pink. Nurse akan tanyakan ada ibu atau bapa yang menghidap kencing manis.Mulai tahun lepas, bagi ibu2 yang mengandung berumur 25 tahun ke atas pun diwajibkan minum air gula..kiranya bukan sahaja disebabkan berat badan berlebihan mahupun mempunyai sejarah keluarga. Maksudnya tak terlepas la daripada amek air gula ni. 

Saya selalu check up kat Klinik Kesihatan Presint 3. Untuk ujian MGTT kat KKPresint 3 ni hanya dilalukan pada setiap pagi Jumaat. .tetapi kalau kita tak dapat lakukan pada hari tersebut. Kita masih ada pilihan untuk buat ujian ni kat Klinik Kesihatan Presint 9..kat sini, boleh minum air gula kegemaran ramai ni setiap hari tau. Cumanya saya lebih suka air gula kat KKP3 ada pilihan air perisa oren atau anggur..dan air tak pekat macam kat KKP9.Kat KKP9 air gula hanya air anggur dan air lebih pekat.

Sebelum kita disaran dan diwajibkan minum air gula tu. .apa yang perlu kita lakukan. . .???

  • Puasa sekurang-kurangkan 8 jam sebelum minum air gula- saya akan berpuasa jam 10 malam 
  • Sampai di klinik awal 
  • Ujian darah yang pertama akan dilakukan
  • Minum air gula
  • Puasa lagi dua jam (Nurse kat tmpt saya tak benarkan balik atau tidur)
  • Selepas dua jam menunggu, ujian darah kedua akan dilakukan
  • Lepas tu, apalagi boleh buka puasa
  • Tak perlu tunggu keputusan darah
  • Tunggu check up yang akan datang baru tau
Nak tunggu keputusan ujian air gula ni pun. berdebar2 macam tunggu keputusan periksa jugak tau. .Alhamdulillah keputusan untuk ketiga2 ujian saya ni semua ok. Maksudnya tak kencing manis lew. .lega sangat tau. nak detail pasal keputusan dia boleh baca blog drzubaidi