Nuffnang

Sunday, 10 January 2016

Bubur Anakku

Salam semua. . .


Korang masak bubur anak kesayangan hari-hari ke. . ???
Saya tak pun. .setakat ni masak hujung minggu. .frozen kan untuk seminggu. senang sangat kot buat macam ni. Untuk sediakan bubur ni amek masa lama sangat nak masak dan kisarkan. Untuk sediakan bubur kat Anaqi , dia masuk 10 bulan baru saya tambah bawang putih+merah, halia dan garam. Setakat ni, dia memang berselera dan semangkuk tu dia boleh habis. .tapi kalau bagi cereal dia kurang suka. Pengalaman saya untuk ketiga-tiga orang anak memang berbeza.  Bubur air tangan ibu adalah yang terbaik tetapi jika kita tak ada masa untuk sediakan, tu memang terpaksa beli. Sekarang semuanya dah mudah makanan untuk bayi , senang sangat kot nak dapat. Ibu-ibu dah tak perlu risau.

Saya bukan pakar pemakanan anak-anak, tapi saya nak juga kongsikan makanan yang saya sediakan untuk anak saya. Sebenarnya untuk mulakan anak kita yang seusia 6 bulan makan, elakkan masukkan garam. Pengalaman saya sendiri, dulu ketegaq nak jugak masukkan garam. Bila dia dah dapat makan makanan yang tak ada rasa, memang tak nak la. Jadi kesimpulannya, mulakan dengan rasa asli dulu. .contohnya manis daripada rasa lobak merah ke kentang . .Alhamdulillah Anaqi , dapat makan tanpa perisa.

Bubur ni masuk ja semua bahan. Selepas tu, bolehlah nak pergi buat kerja lain sementara tunggu bubur tu masak.Resepinya

Beras segenggam
1 batang lobak merah
1 biji kentang
Ayam/Daging/Udang
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
Garam secukup rasa


Masukkan semua bahan dengan air secukupnya
*jika masak bubur letak udang.udang tu seeloknya masuk 10-15 minit sebelum tutup api
Jika ayam/daging boleh masuk terus dengan semua bahan
Tips untuk tinggal bubur ni dengan tenang hati tanpa air meruap-ruap keluar dan sepah habis dapur
SEnang je, letakkan senduk kayu dia atas permukaan periuk. bukan nak untuk masak bubur ja.Jika nak rebus sup tulang ke, ketupat ke boleh cuba teknik ni.yang pasti sangat berkesan.

Bila bubur dah masak . Baru boleh kisarkan dan masukkan dalam bekas untuk di frozen.


Love,

ibufayyadhfarisfudhail

Thursday, 7 January 2016

Puding Schadut

Assalamualaikum. . . 

Salam Jumaat. . .

Dah mulakan pagi yang mulia dengan surah Kahfi???

Hari ni saya nak kongsikan resepi puding schadut yang saya buat baru-baru ni. Pada mulanya nak nak buat ikut resepi blog masam manis tapi salah satu bahan tak dapat cari. .bahan utama pulak tu. Akhirnya encik suami beli serbuk dadih buah-buahan. Memandangkan saya dah janji kat Fayyadh & Faris nak buat puding schadut. Kejap-kejap bukak peti ais cari mana puding depa.

Selepas maghrib saya terus buat puding schadut untuk anak-anak tersayang. Encik suami beli dua perisa strawbery dan mango. Dapat la buat dua layer. Fayyadh & Faris teruja sangat. .tapi kesian malam tu tak dapat makan. .nak kena tunggu beku dulu.  Tu pun saya sampai tertido sementara nak tunggu beku satu layer. Bangun encik suami dah tolong masukkan satu layer lagi. Dia kejutkan saya untuk sambung buat yang selebihnya.

Sebenarnya dah guna serbuk dadih segera ni memang dah mudah dan pantas. Ikut ja arahan dalam resepi yang dia bagi tapi saya dah ubahsuai resepi tu. .

Cara dia mudah ja. .

Ikut resepi asal.Masukkan 3000ml air+susu cair

Tapi resepi saya

+1500 ml air
+1/2 kotak susu segar
+3 sudu susu tepung 
+separuh serbuk dadih segera perisa strawbery

+1500 ml air
+1/2 kotak susu segar
+3 sudu susu tepung 
+separuh serbuk dadih segera perisa mango

Saya buat dua perisa .Jadi saya masak dua belah dapur dengan resepi yang sama cuma yang berbeza perisa. Masakkan sehingga mendidih.

Setelah selesai masukkan dalam bekas. Ni kan nak buat puding schadut. .nak senang sedut-sedut. Kita masukkan dalam botol kaca. 

Masukkan satu perisa dulu dalam botol. Kemudian tunggu sehingga satu layer beku, baru masukkan satu perisa lagi.

Nak mudah buat satu perisa ja. .tapi nak cantik dan menarik buat lew dua perisa ke . .atua tiga. Esok pagi tu, kita sedut ya. . .

Mudah dan senang
dan murah ja.
Kos pun tak banyak pun. .berbanding beli mahal sangat..dah anak minta beli sanggup ja kan. .

Dah lepas ni boleh buat sendiri. .
Nak banyak lagi perisa ikut resepi azlita masam manis..boleh buat perisa anggur ke. .milo. .nescafe. lagi sedap. .





Tuesday, 5 January 2016

Indahnya Dunia Tandem Nursing

Assalamualaikummm....

Syukur alhamdulillah saya berpeluang menyusukan ketiga-tiga anak saya. Fayyadh berpeluang fully bf selama setahun tiga bulan. Faris untung sangat dua tahun . .sorry Fayyadh, Ayish lama lagi. .dan sekarang Anaqi masih menyusu. .semalam Anaqi genap 10 bulan.

Saya disahkan pregnant Anaqi semasa umur Faris,setahun dua bulan. Ayish masa tu masih fully bf. Pada mulanya memang tak sangka. Semasa bulan Ramadhan, saya pun pelik juga kenapa asyik sakit kepala. Saya nekad plan untuk anak ketiga untuk jarak sekurang-kurangnya tiga tahun..tapi saya syukur Allah bagi rezeki kat saya tapi Ayish dan Anaqi beza dua tahun jugak. 

Pregnant???maksudnya Ayish kena putus susu..tak sanggup dan saya sedih sangat masa tu. Bayangkan dia masih adik2 lagi. Semasa pregnant Ayish saya terpaksa Ayard putus susu sebab susu kurang dan bila dia menyusu dia awal kehamilan saya tak tahan sakit sangat. Semasa Anaqi lain pulak, Ayish menyusu masih rasa seperti biasa. Setiap kali check up kat KK saya selalu tanya pendapat doktor untuk terus menyusu atau sebaliknya. Lain doktor lain pendapatnya. Ada yang cakap boleh teruskan selagi tak memudaratkan. 

Jika ada jawapan yang cakap tak boleh , saya tak dapat terima kenyataan sebab tak sanggup. Saya terus google berkenaan kes saya ni. .Alhamdulillah ada jawapan yang positif..janji saya kena jaga makan betul-betul.Dalam jaga makan betul-betul, saya kena makan air gula tiga kali lew. . .nafsu makan membuak-buak kot. Bila timbang berat, tak boleh terima .Siap cakap penimbang ni salah kot. .tapi bila makan tak ingat dunia. Alasan anak lapar ni. .:)

Saya teruskan menyusu Ayish sehingga umur dia tepat dua tahun. . kiranya saya menyusu Ayish & Anaqi ni secara Tandem Nursing. Tandem Nursing????tandem nursing bermaksud menyusu anak yang berbeza umur dalam masa serentak. Terima kasih Allah bagi pengalaman tandem nursing ni kat saya. Ya Allah, rezeki penghasilan susu semasa tandem nursing memang diluar jangkaan. Ayish bila nampak Anaqi nak mula menyusu. .soalan dia Ayish punya mana. .Ayish nak jugak. .Ayishhh??? Ok. . .ok. .ibu faham.

Seronok sangat. .bila dapat tengok dua beradik sama-sama menyusu. Bagi ibu-ibu yang merancang untuk tandem nursing, nanti akan dengar orang tanya soalan ni . .cukup ke untuk adiknya bila abang pun menyusu sama???Kesian kat adik. .tu biasa la. Jawap ja Insyaallah cukup..tengok adik dia makin debab ja. Dengan cara ni, Ayish tak terasa diri dia terasing bila dapat adik.Yang paling penting, mempercepatkan penghasilan susu. Bila permintaan tinggi, lagi banyak penghasilan dia. .dan mengelakkan pembengkakkan susu.Ibu yang tandem nursing sangat sangat dinasihatkan banyak minum air . Bab makan saya rasa ibu yang menyusu, memang kuat makan kan. .lepas ja pam atau menyusu.Automatik lapar teramat. Perasan tak kita bagi ja anak menyusu, terus dahaga. Semasa saya menyusu Ayish semasa kehamilan,sebenarnya dapat mempercepatkan kelahiran dengan rangsangan isapan pada payudara yang menyebabkan hormon oktitosin untuk bekerja(saya akui, anaqi lahir ke dunia pada 37 minggu 3 hari.). 

Pengalaman saya, semasa saya baru naik kerja semasa tandem nursing. Stok ebm untuk dua kali sesi pam,32 oz . kalau tak dapat sebanyak tu. Apa-apa pun untuk tandem nursing ni, kena kuat semangat..jangan stress2 tau..lagi satu semasa saya dalam pantang. Doktor tak benarkan saya ambil sebarang ubat atau jamu. Jadi, saya memang bergantung pada pemakanan yang saya ambil ja. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.


Love,

ibufayyadhfarisfudhail

ALLAH SELAMATKAN KAMU Fayyadh & Faris

Hyeeee

Assalamualaikum. . 


ALLAH SELAMATKAM KAMU,


Fayyadh & Faris


Sebelum ni sambut ulang tahun kelahiran FF ikut bulan kelahiran Faris. Tahun 2015 ikut bulan kelahiran Fayyadh pulak.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. sebelum ni buat kat Tepi Tasik berdekatan Kompleks Sukan Air Presint 6. Kali ni berkesempatan sambutan depa dua orang ni kat rumah. Memandangkan ada adik depa Fudhail Anaqi yang masih baby. Apapun ibu bersyukur Fayyadh&Faris seronok.

Lokasi:::rumahku syurgaku
Tema:::SuperHero
Menu:::Layan gambar na
Goodies::: Part ni paling seronok. .encik suami pun  sekepala dengan saya. senang sangat..tapi dia orang kuat. .Sticker untuk label makanan, backdrop semua dia yang buat.  . . Balang tu memang gigih kot pergi cari kat Chow Kit.Untuk isi dalam balang untuk orang dewasa bagi biskut jem nenas dan anak-anak kecil , biskut butang.





















sebelum encik suami buat pizza
kali ni mini burger
sedap sangat. .tk na abg
buat burger special ni









Terima kasih tak terhingga kat encik suami yang banyak membantu dalam menjayakan jamuan yang tak seberapa ni. .kalau encik suami tak jadi orang kuat semua ni tak kan berjalan dengan lancar..sebab A-Z dia yang buat saya hanya membantu ja.

Terima kasih juga tetamu yang hadir. .terutama kakak2, mak sedara, kawan2 rapat dan jiran terdkt.

Monday, 4 January 2016

Mustafa UStas kini di Putrajaya

Assalamualaikummm....

Nak menjamu selera dengan masakan Turki. Jom kita ke Mustafa Ustas. Restoran ini baru sahaja dibuka pada 2 Disember 2015. Seperti biasa saya dan encik suami memang pantang dengar ada tempat makan sedap dan baru. Tambah-tambah restoran terletak di Putrajaya sahaja. 

Zassszzz. . .lepas kerja kami pun terjah. .mesti cakap malas masak keww. . tak la saja lew nak tukar selera Turki. Selalu memang makan kat rumah. . bak kata encik suami nanti bila anak-anak dah duduk asrama. .anak-anak tak ada la nak rindu masakan air tangan ibu depa. Saya kalau nak masak kalau tak guna resepi mak memang selalu bukak blog matgebu atau azlita masam manis sebagai rujukan. Sekarang nak tengok resepi google ja. tak yah nak beli buku resepi bagai.Setuju tak???

Macam mana saya dapat tau ada restoran ni??? Sebenarnya encik suami dengar daripada kawan ofis dia. Apalagi dah dengar cakap masakan kat sini sedap. Encik suami pun bawa untuk rasa sendiri keenakkan masakan Turki kat restoran ni.

Restoran ni memang tak perasan sangat, banner atau signboard restoran belum ada lagi semasa saya pergi tu. Nak senang pergi sini. .Landmark mudah ja. .betul-betul sebelah bank rakyat dan Perodua.
Layan ja gambar-gambar kat bawah ni.
















.

Macam mana nak pergi sini???  Lokasi restoran ini terletak di No 20, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, PutraJaya, WP, Malaysia. 
Nak tau detail berkenaan sejarah Mustafa Ustas. jom kita baca kat sini.
Secara keseluruhannya makanan kat sini sedap,pizza kat sini memang rasa dia ada signature tersendiri dan hangpa mesti cuba baru tau. Satu ja komen saya, saya harap masa akang datang, perkhidmatan yang ditawarkan lebih cepat..semasa saya pergi tu perkhidmatan agak lambat. Sayang makanan kat sini semuanya terbaik. .tak apa semua tu boleh diperbaiki lagi. Terima kasih atas layanan pemilik MUstafa Ustas yang mesra dan peramah.

Thursday, 31 December 2015

PIzzA Vs Satay???


Assalamualaikum. . .


Entri penghujung 2015, kebanyakkan throwback ja tau. . .RESTORAN PIZZA VS SATAY??? korang pernah makan tak kat sini. Saya masa encik suami sebut nama restoran ni. Mula tu memang blur ja. 

Saya perasan pagi tu encik suami kusyuk ja godek2 pakcik google dok cari tempat makan yang besh2. .dan dia tak bagi tau pun nak makan kat mana. . bila tanya nak pegi mana .dia hanya jawab ada la.

Masa dalam perjalanan tu saya tanya nak pegi mana pun masih tak nak bagi tau. .bila sampai ja kat USJ. .saya tanya lagi nak pegi mana ni. .tak bagi tau jugak.  Bila dah dok tercari2 dan pusing2. Akhirnya baru dia bagi tau tolong tengok jap signboard Pizza vs Satay. 

Bila dah sampai depan Restoran Pizza vs Satay saya tengok macam tak menarik pada mulanya.. dah masuk dalam restoran baru ceq tau. Restoran ni terletak di kawasan perumahan. Dekorasi restoran ni berkonsepkan english Style. Semasa saya pergi tu nampak tak ramai orang . Rupanya restoran ni orang ramai datang pada sebelah malam.










Encik suami yang bagi tau kat restoran ni, orang selalu buat reunion dan sambutan hari lahir. Mula tu memang saya beranggapan tempat ni tak besh ja. .sedap ke makanan kat sini sebab tak orang sangat pun. .sebab tu orang cakap don't judge book by its cover.

Selepas dah makan kat sana,sampai sekarang saya masih teringat salah satu makan kat sana. Nak tau makan yang apa??? jom kita layan menu2 yang terpilih hari tu. .

ni salah satu menu yang saya suka. .rugi kalau pegi sini tak order menu ni





Saya pun terfikir juga kenapa pizza vs satay..Dan dah terjawab kenapa pizza vs satay nama restoran ni. .rupanya kat sini makanan dia dah bergabung antara timur & barat dalam satu restoran. Jadi kalau tak makan masakan barat. .boleh la makan nasi lemak ke.nasi goreng ke. Opppsss, saya perasan kat sini pelanggan berbangsa cina yang datang kebanyakkan order nasi lemak. Mesti nasi lemak kat sini meletupkan.

Nak cuba sendiri jom terjah ke Restoran Pizza vs Satay bertempat di 2, Jalan USJ 11/3j, Usj 11, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Pasti hangpa berpuas hati dengan layanan , tempat makan yang selesa, parkir pun senang dan yang pasti harga makanan yang berpatutan.

Encik suami terima kasih bawak ibu makan kat sini semperna besday ibu yang ke-27. . . .


Wednesday, 30 December 2015

Mengopee di Kelab Kopi Batu Pahat

Salammmm. . . 

Apa yang menarik kat Batu Pahat??Kalau orang tanya apa yang menarik kat Batu Pahat.
Serius yang saya tau Asam Pedas, nasi beryani, Mee Racun, Jalan-jalan kat Pasar Karat,(baru-baru kawen dulu teruja kot g sana sebab pertama kali jalan2 kat pasar karat, tak beli pun. Jalan-jalan cuci mata ja), sambal kicap makan dengan tempe ke pisang goreng+ubi goreng, yang saya perasan lagi rumah orang kat BP ni tak sah kalau xdak pokok ubi kayu..kat tepi jalan pun banyak ja orang jual ubi kayu(ubi kayu rebus makan dgn sambal ikan bilis) dan tak sah kalau balik kampung tak singgah kilang kerepek Parit Lapis Laman. Dua bulan sebelum ni, kat FB ada viralkan tempat-tempat makan yang menarik kat Batu Pahat. Rupanya banyak jugak tempat yang menarik tertarik kan..???

Bagi saya yang menarik lagi kat Batu Pahat ni, kedai-kedai yang terdapat di Jalan Mohd Akil. .tak pecaya korang pegi sendiri??unik sangat kedai-kedai kat sana. . .Nak santai-santai dengan kawan dan keluarga sesuai sangat. .


Salah satu kedai yang selalu saya suka singgap kedai Al- Haq Bakeri. .mesti ada cakap ala kedai roti ja pun . Apa yang menariknya. .roti kat sini lembut, gebu dan yang penting fresh from the oven dan murah sangat harga roti2 kat sini.

Dengar ja tempat makan yang baru + makanan dia tip top, saya dan encik suami mula la nak jejak langkah. Kadang-kadang godek2 kat IG, mula saya nak mencuba tempat makan baru. .selalunya encik suami layan.. Kebetulan semasa encik suami singgah beli roti Al-Haq dia terperasan ada satu keda tu namanya Kelab Kopi.

Keesokkan  tu, terus dia bawa kami anak beranak makan kat situ..kelab kopi sesiapa yang pergi sana. Mata mesti nak pandang sana . .pandang sini. .menarik sangat dekorasi kedai ni. jom kita mengopeeee




++++ Kelab Kopi telah berpindah ke Jalan Abu Bakar. Kelab Kopi yang baru ni lebih selesa, ruang makan yang lebih luas dan sesuai untuk santai2 bersama keluarga dan rakan2.
dannnn bolehlah kita berselfie macam Mr Papa Kebenaran. .sesiapa yang belum tonton Boboiboy . .cepat2 penuhi cinema. .serius besh cerita ni. tak kering gusi. .ada ja lawak dari Mr Papa.. sokong cerita tmpatan. .hero2 saya sanggup bersengkang mata nak tengok aksi2 Boboiboy dan kwn2.