Nuffnang

Tuesday, 3 February 2015

Tips untuk bawa kereta ke Thailand

Assalamualaikum. . . .

Baru2 ni saya balik kampung saya kat Kedah. Syukur sangat dapat tiket flight murah. . .
Memandangkan sekarang saya dah masuk 8 bulan. penat nak naik kereta lama2. Mula tu tak nak amek surat kebenaran daripada doktor untuk naik flight tapi takut tersangkut masa nak check in nanti. Lebih baik saya amek juga. .masa jumpa doktor petang tu, doktor tu tanya naik MAs atau Airasia. .kalau Airasia 28 minggu dah tak bley naik tau. Kalau MAS selamat lagi. .MAS pun 36 minggu dah tak bley naik..Fuh!! lega bila dah dapat surat doktor.Cajnya RM15.

Sekarang kat Pendang, setiap pagi Jumaat. .tengah glamour pasal Pasar Kemboja. Kalau balik kampung tak sah kot tak pergi Pasar Kemboja. Tak beli barang pun, nak juga pergi. ..tapi tipu la kalau dah pergi tak beli apa2. Saya pergi pagi tu, memang penat kot nak jalan satu Pasar Kemboja tu. luas sangat. Kebanyakkan barang yang dijual sama ja. .baju2 dan tudung2 yang dijual murah la..Bila tanya kat penjual baju dan tudung tu memang amek kat kemboja kerrr. . jawapannya kat KL. Orang yang dok KL ni semangat nak pergi rupa2nya barang dia amek kat KL.

Titik pasal Pasar Kemboja. Sebenarnya saya nak kongsi tips untuk bawa kereta masuk negara Thailand..tapi tercerita pasal Pasar Kemboja pulak.

Mesti yang pertama kali nak pergi tu. .sibuk dok minta tolong pakcik google kan. Mai sini saya  bagi tips . .mana tau boleh membantu. 

Antara dokumen yang perlu korang sediakan ialah:-

  • Geran kereta yang original -kalau yang photostat pastikan sahkan dulu kat Balai Polis. Camna pulak kalau kereta pinjam..macam saya pergi baru2 ni. pinjam kereta kakak saya.Untuk kereta pinjam ni. pastikan bawak bersama surat kebenaran(seeloknya buat dalam bahasa inggeris) daripada pemilik kereta yang menyatakan pemilik tu benarkan korang bawak kereta dia. Minta maaf terlupa nak snap surat yang kakak saya buat tu.
  • Insurans kereta - insurans ni boleh beli kat Changlun. saya beli kat kedai sebelah Pejabat Peladang Changlun. untuk kereta mpv RM25/seminggu.hari tu saya dapat tambahan 2 hari.jadinya 9 hari. kereta sedan RM18/seminggu.Kalau terlepas kat Changlun, kat Bukit Kayu Hitam pun ada juga.
  • Minyak kereta - pastikan isi minyak secukupnya.
  • Passport dan border pass - kalau dokumen kat atas tu dah lengkap. passport terlupa bawak pun tak jadi kerja juga. pastikan bawak passport. Border pass ni untuk orang Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan ja.
  • Tukar duit - untuk memudahkan perjalanan, tukar duit siap2 kat Changlun. 
  • Untuk masuk ke Thailand, setiap penumpang diwajibkan turun. Parkir kereta sebelah kiri kaunter imigresen. Kemudian terus pergi ke kaunter untuk urusan pendaftaran masuk ke Thailand. Setiap orang dicaj RM1 oleh pegawai imigresen(ni untuk duit poket pegawai tu). Nak balik nanti pun sama juga tau. kena turun. .dan pegawai tu minta lagi RM1/orang.-kesian kat warga tua/anak2 kecil/ibu mengandung kan nak kena beratur panjang.
  • Semasa kat kaunter imigresen. Setiap orang perlu mengisi borang visa sekiranya menggunakan passport. Korang perlu mengisi butiran arrival card dan departure card. Isi sendiri ja tau. .simple ja borang tu. tak perlu guna khidmat kutu2 yang akan minta caj untuk isi borang tu.
Masa tengah beratur kat imigresen sadao

Bila dah selesaikan kat imigresen, baru kita merdeka nak masuk ke negara Thailand. Saya pergi sana pun semata2 nak pergi makan kat Ban Prik ja.  Dah selesai makan bolehlah beli buah tangan kat Dannok. Dannok betul2 pekan sebelum sampai imigresen.. Rupanya kat Dannok ni banyak tempat makan yang halal.(beza masa malaysia dengan Thailand sejam tau -M'sia 8am - Thailand 7am)






kat sini ada pelbagai jenis bubur
Pilih ja nak yang mana


Sup tulang-serius sedap.xtipu punya.mesti cuba sendiri
Tomyam campur
kerabu apa tu. mesti ramai yang nampak macam kerabu perut
Sebenarnya kerabu kaki ayam
last tu. .rasa macam asam pedas utara
saya pun lupa nak tanya nama pa masakan neh






No comments:

Post a Comment