Tetiba teringin sangat nak makan snow cheese cake. Dulu masa kek neh tengah famous dah buat dah. tapi bila nak buat balik dah tak ingat letak resepi dia kat mana. Ni nak buat balik puas juga cari resepi. Google2 saya ikut resepi kat blog citarasamamaana.
Bila pegi beli barang memang semangat. siap beli barang untuk buat dua tiga resepi. Selalu beli barang kat kedai kek kat Bangi. Kali ni malas nak pegi Bangi. Ajak encik suami beli kat Kedai barangan kek kat Dengkil ja(belakang KFC Dengkil).Dah ada barang semua. . .nak amek mood buat kek tu pun amek masa berhari jugak. .Fayyadh asyik tanya ja bila ibu nak buat kek. .
Akhirnya, dua tiga hari baru mood tu datang. .Fayyadh & Faris teruja sangat masa tengah mix semua bahan. Ibu lama tak buat kek kan. Dua2 orang sibuk amek kerusi mai tengok bahan2 tengah mix. Macam2 soalan Fayyadh. kenapa ibu masukkan kicap dalam tepung tu. .tu bukan kicap sayang. .tu esen vanilla.
Resepi : Citarasamamaana
UNTUK KEK
Bahan-bahannya :
Bahan-bahannya :
- 100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)*
- 60g tepung jagung*
- 1 sudu kecil baiking powder*
- 1 sudu besar ovelette
- 100g gula kastor
- 4 biji telur
- 50ml air sejuk ->> saya tukar dengan susu segar
- 75g mentega cair
- 1 sudu kecil vanila
Cara Membuatnya :
- Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
- Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.
- Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
- Bakar dalam oven pada suhu150'C selama 45 minit.
Mixkan telur, gula serta ovelette - pukul sampai kembang....kemudian baru masukkan tepung & air...... kacau pakai senduk jerk, jangan pakai mix.....agak2 tepung telah tergaul semuanya baru mixkan sebentar ja supaya tepung sebati & smooth.
UNTUK CREAM
Bahan-bahannya :
UNTUK CREAM
Bahan-bahannya :
- 250g cream cheese
- 120g susu pekat manis - susu saya masukkan agak2 ja.ikut kemanisan saya sendiri
- 50ml UHT Whipping cream - saya ikut akak ni tambah lagi 50ml untuk cairkan lagi
***Mix semua bahan di atas hingga sebati, adunan ini memang cair.
UNTUK HIASAN:
- 1 buku (250g ) cheddar cheese - diparut ->>saya beli yang dah siap diparut
No comments:
Post a Comment