Nuffnang

Thursday, 11 September 2014

Taska Ayu Manja : eid ul fitr 2014

Assalamualaikum. . .

Sebenarnya tajuk entri ni dah lapok. Mana ada dah orang nak cakap sembang eid ul fitr kan. . .saya ja orangnya. tapi nak juga selit dalam blog saya. . nanti mana tau bila Fayyadh & Faris dah besar. bolehlah diorang tengok gambar masa diorang kat taska. Ada jugak kenangan kan. Dulu2 amek ja gambar akan simpan dalam album. Sekarang semua dalam handphone ja. Kalau semua tu bertahan dan kita pandai jaga syukur . tapi bila hilang atau sebaliknya. Memang menyesal sebabnya daripada baby sampai besar semua kita simpan ja tak cuci dan albumkan pun.

Sambutan eid ul fitr 2014 kat Taska Ayu Manja ni sambut pada 29 Ogos 2014(Jumaat). Dah lepas bulan Syawal pun. .tapi masih mood raya kan. Budak2 seronok la, semua berpakaian baju raya. Fayyadh selalu pagi2 nangis ja, pagi tu pakai baju raya .baju baru beli kat jualan PUSPANITA lepas raya. .tak nangis pulak pagi tu. pandai ya. Semua chomel2 pagi tu.

Dua hari sebelum sambutan tu, auntie bilik Fayyadh dan Faris suruh bawak kuih raya. .sebabnya diorang dan paket kecil untuk tetamu kecil yang datang beraya kat bilik diorang. Setiap bilik ada kreativiti bekas untuk isi kuih raya. seronok lah diorang walaupun diorang bukan nak makan pun semua kuih raya tu. Saya dapat tahu daripada auntie diorang pagi tu, diorang akan jalan2 kat bilik2 yang ada. Antara bilik yang ada kat Taska Ayu Manja - baby, toddler, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun dan 5 tahun.

Jam 12.00 pm, baru ada jamuan untuk ibu bapa. Pelbagai makanan tengahari  yang ada. Tapi ibu2 ja yang datang. Bapa2 semua pergi solat jumaat. Ada makanan yang pihak taska sediakan. Ada juga makanan yang ibu2 buat kutipan dan tempah ja makanan. Biasalah ibu2  sibuk kat ofis dan kat rumah tak sempat nak sediakan . Tapi  ada juga makanan yang dimasak sendiri oleh ibu2. Serius jamuan ni meriah dan dapatlah ibu2 sembang  lama sikit. sebelum sempat senyum ja sebab terkejar2 nak pergi tunaikan tanggungjawab masing2.

Sebelum jamuan makan, pengurus Taska Datin radzi (tapi datin bahasakan diri kak radzi ja) Mula tu kak radzi bagi ucapan. Lepas tu baru ada bacaan yasin yang diketuai oleh pengerusi persatuan ibu bapa ayu manja. Pn.Muzlina. dah selesai baca yasin. Masa untuk makan. .Ikut tu masa tidur anak2 taska. . tapi meriah sangat , ramai lah yang bangun dan join sekali ibu masing2. Dapat la Fayyadh & Faris makan dengan ibu kan. Kesian kat abah tak dapat join sekali.

Terima kasih pihak taska dan ibu2 taska ayu manja terutama kak aida (pn setiausaha yang aturkan untuk makanan  hari tu) yang menjayakan jamuan eid ul fitr 2014 taska ayu manja. Tahun depan kita adakan lagi. Harap2 bapa2 dapat join jugak. Jom layan gambar.





No comments:

Post a Comment