Nuffnang

Wednesday, 9 July 2014

ZIKIR

Assalamualaikum. . .

Sedar tak sedar hari dah 12 Ramadhan. Sahur tak tadi. .makan apa. .Apa2 pun jangan lupa sahur tau. .Minggu lepas saya ada terlepas sahur. .sedar2 dah azan subuh. Huh!! tengah hari tu dah mula lembik..rasa lemah sangat. biasa kot bagi ibu2 yang breastfeed kan. Walaupun bulan Ramadhan masih gigih kumpul stok untuk si kecik. Alhamdulillah saya berjaya bf Faris selama setahun sebulan 2 hari. Doakan saya sehingga 2 tahun bf Faris ya. 

Berzikir??? Selalu tak korang berzikir. Sebelum ni saya ada pernah bagitau dalam entri Mudahnya Menjemput Rezeki salah satu untuk cara untuk kita menjemput zikir dengan berzikirkan. Saya yakin bagi ibu2 diluar sana selalu berzikir terutama untuk tidurkan anak2. Selalu kita akan berzikir selepas solat. Tapi bagi yang baru bergelar ibu memang secara automatik kita akan berzikir .Ameen. Dengan berzikir kita dapat dekatkan diri kepada Allah.

Semalam saya ada pergi dengar ceramah sempena bulan Ramadhan anjuran PUSPANITA kem. saya bertajuk Wanita : Kau Terbela. Penceramah Ustazah Fatimah Syarha( Ahli Panel Program 3 Ustazah di Astro Oasis dan Penulis novel Aku ada wali - sekarang ada drama ni tau diaptasi dari novel Aku ada wali) dan suaminya Dr. Farhan. Apa yang saya ingin kongsikan daripada ceramah semalam ialah program mengingati Allah. Saya yakin kita sama2 dapat amalkan dan memang dah menjadi amalan seharian kita.

Program Mengingati Allah

Setiap Saat - Berzikir
Setiap  Hari - Bersolat
Setiap Minggu - Solat Jumaat/Khutbah Jumaat
Setiap Tahun - Ramadhan/Puasa
Sekali Seumur Hidup - Menunaikan Haji

Saya berharap kita dapat menambah amalan dengan berzikir hanya dengan beberapa saat sahaja. Untuk berzikir banyak cara dan teknik yang boleh kita gunakan. Selalunya orang akan menggunakan tasbih, jari, Tally Counter , zikr counter (aplikasi yang boleh didapati di play store) dan ada yang kreatif dengan cara tersendiri untuk berzikir.Dengan teknologi yang serba canggih ni memang mudah dan pantas untuk kita berzikir. Saya sendiri kagum dengan adanya aplikasi yang sangat mudah terutama aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit masing2. Tak kira di mana pun kita berada kita mampu berzikir.



Kita hanya perlu sentuh skrin
Mudahkan  kita buat pengiraan untuk berzikir

Boleh buat penambahan apa yang kita akan amalkan setiap hari setiap saat

No comments:

Post a Comment