Nuffnang

Sunday, 20 July 2014

JOM AMALKAN 10 AYAT AWAL & AKHIR SURAH KAHFI

Salam semua

Kita masih di mood bulan puasa dan masih ramai yang sibuk mencari dan melengkapkan persiapan lebaran yang bakal tiba. .tapi tahun ni saya rasa terlalu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar minggu ni dah minggu terakhir kita akan meninggalkan bulan yang penuh barakah. Selalunya kita akan sibuk untuk hal2 duniawi. Apakah persiapan kita untuk akhirat nanti. Saya bukan baik sangat dan banyak lagi amalan dan bekalan perlu saya kumpul. .tapi saya nak jugak kongsi ilmu yang saya baru tahu dan saya rasa bersalah pulak jika tak kongsikan kat korang semua.Baru2 ni semasa saya balik kampung dan sementara menunggu waktu berbuka. saya rehat2 kat depan tv dengan mak tersayang. .tiba2 saya dengar mak saya tengah baca sesuatu. 

Kemudian. . .saya pun terfikir juga apa yang yang mak tengah bacakan. Lepas ja mak saya selesai baca. Saya terus tanya. .

Saya: Mak, apa yang mak baca tadi tu. . .
Mak: Oh. .tadi tu mak baca surah kahfi.
Saya: Surah kahfi???ceq pernah dengaq tapi apa kelebihan bila kita baca surah tu. . .

Mak saya pun panjang lebar terangkan kat saya kelebihan dia

Mak: Lepas ni hapai la surah kahfi. .10 ayat awal dan 10 ayat akhir. .senang ja ayat dia bila kita dah hapai. surah ni untuk mengelak daripada fitnah dajjal.
Saya: Fitnah dajjal??Fitnah macam mana
Mak: Bila kita dah meninggal nanti dajjal akan meragukan kita. Dia mengaku kata dialah tuhan. Allah dah bagi kelebihan kat dia. Dia boleh hidupkan orang yang dah mati. .dia boleh belah orang dan sambungkan balik. lepas tu takut nanti kita pun yakin kata dialah tuhan kita. Bila dah amalkan surah kahfi ni Insyallah akan tolong kita daripada fitnah dajjal.

Bila saya dah tahu kelebihan surah kahfi saya pun rasa takut saya tak mampu nak elakkan daripada fitnah dajjal dan dah tanam kat dalam diri nak cuba amalkan dan kongsikan ilmu ni. Tapi kalau tak sempat nak hafal. Kita boleh dengar kat handphone  atau kat pc sambil2 buat kerja.

Surah Kahfi ni adalah surah ke-18 dalam Al-Quran yang mempunya 110 ayat. Rasullah S.A.W telah menjelaskan keutamaan bagi pembaca surah Kahfi pada malam Jumaat, siang hari Jumaat atau waktu lain.

Kelebihan Surat Kahfi
  • Allah SWT memberikan cahaya dan pengampunan dosa sehingga hari Jumaat berikutnya
  • Para Malaikat meminta Rahmat sampai waktu subuh sehingga Allah SWT menjauhkan dari penyakit panas, penyakit yang tidak tersembuhkan serta terhindar dari fitnah dan tipu daya syaitan
  • Allah SWT memberikan ketenteraman hidup

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Jom kita baca apa keistimewaan Dajjal. Sumber ni saya perolehi daripada http://ustaznaim.blogspot.com/

KEISTIMEWAAN DAJJAL

Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

10 Ayat Awal


18:1
18:2
18:3
 18:4
18:5
18:6
18:7
18:8
18:9
18:10


10 Ayat Akhir

18:101
18:102
18:103
18:104
18:105
18:106
18:107
18:108
18:109
18:110

Jom kita hafal dan kepada sesiapa yang dah hafal. Alhamdulillah syukur.
Mari beramal bersama-sama.


-Nak mudah membaca quran??
klik  quran.com

No comments:

Post a Comment