Assalamualaikum. . .
Salam Ramadhan. . .
Salam Sejahtera. . .
The Mines Shopping Fair yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Mesti korang pernah ja pergi sini .Apa yang menarik yang nak saya kongsikan parkir kat sini memang sangat mudah, senang dan menarik berbanding mall yang lain. Tak banyak kot mall yang sediakan perkhidmatan macam kat The Mines ni.
Apa yang menarik sangat parkir kat sini. Mesti ada yang cakap apa yang menarik nak parkir pun susah. selalu penuh ja. Yala kalau kita pergi waktu2 genting/sesak memang la penuh. tapi kalau keluar awal pagi. Insyaalah senang ja nak dapat parkir. tapi kalau pergi waktu genting pun kalau dah rezeki kita memang dapat ja parkir yang terdekat.
Kat The Mines ni senang kita nak kesan parkir tu kosong sebabnya ada lampu untuk menandakan parkir masih kosong. Sebelum ni kita pernah tengok video yang orang kongsikan Facebook kan. kat negara mana saya tak ingat. kalau parkir tu kosong ada kuar belon. Seingat saya mesej daripada video, untuk kita jimatkan minyak kereta. Dengan adanya penanda sekiranyan parkir kosong, kita memang tak perlu nak pusing . pusing. . dan pusing berkali2 cari parkir.memang untunglah kalau ada mall yang ada sediakan kemudahan sebegitu.
Selain tu jugak, kat The Mines ni ada sediakan 'tiang merah' untuk keselamatan terutama gadis2/wanita/kaum Hawa yang memerlukan pertolongan. Sebelum kita selalu dengar banyak perkara2 yang tak diingini berlaku kat parkir.Dengan adanya 'tiang merah' memang sangat berbantu untuk kita memohon pertolongan. Selalunya mangsa keadaan kaum Hawa yang berseorangan yang menjadi mangsa untuk kes rogol, culik, rompak dll. Jadinya lepas ni senang untuk kita memohon bantuan hanya dengan tekan button di 'tiang merah' tu ja. Apa2 pun kita minta jauh lah daripada perkara2 yang tak diingini.
**saya pun baru tau semalam pasal tiang merah tu.kesian kan .terimakaseh enciksuami tolong tambah info.
No comments:
Post a Comment