Nuffnang

Tuesday, 15 July 2014

PARKIR DI THE MINES,SRI KEMBANGAN, SELANGOR : SELAMAT DAN MUDAH

Assalamualaikum. . .

Salam Ramadhan. . .

Salam Sejahtera. . .

The Mines Shopping Fair yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Mesti korang pernah ja pergi sini .Apa yang menarik yang nak saya kongsikan parkir kat sini memang sangat mudah, senang dan menarik berbanding mall yang lain. Tak banyak kot mall yang sediakan perkhidmatan macam kat The Mines ni. 

Apa yang menarik sangat parkir kat sini. Mesti ada yang cakap apa yang menarik nak parkir pun susah. selalu penuh ja. Yala kalau kita pergi waktu2 genting/sesak memang la penuh. tapi kalau keluar awal pagi. Insyaalah senang ja nak dapat parkir. tapi kalau pergi waktu genting pun kalau dah rezeki kita memang dapat ja parkir yang terdekat.

Kat The Mines ni senang kita nak kesan parkir tu kosong sebabnya ada lampu untuk menandakan parkir masih kosong. Sebelum ni kita pernah tengok video yang orang kongsikan Facebook kan. kat negara mana saya tak ingat. kalau parkir tu kosong ada kuar belon. Seingat saya mesej daripada video, untuk kita jimatkan minyak kereta. Dengan adanya penanda sekiranyan parkir kosong, kita memang tak perlu nak pusing . pusing. . dan pusing berkali2 cari parkir.memang untunglah kalau ada mall yang ada sediakan kemudahan sebegitu.


Selain tu jugak, kat The Mines ni ada sediakan 'tiang merah' untuk keselamatan terutama gadis2/wanita/kaum Hawa yang memerlukan pertolongan. Sebelum kita selalu dengar banyak perkara2 yang  tak diingini berlaku kat parkir.Dengan adanya 'tiang merah' memang sangat berbantu untuk kita memohon pertolongan. Selalunya mangsa keadaan kaum Hawa yang berseorangan yang menjadi mangsa untuk kes rogol, culik, rompak dll. Jadinya lepas ni senang untuk kita memohon bantuan hanya dengan tekan button di 'tiang merah' tu ja. Apa2 pun kita minta jauh lah daripada perkara2 yang tak diingini. 





**saya pun baru tau semalam pasal tiang merah tu.kesian kan .terimakaseh enciksuami tolong tambah info.

Wednesday, 9 July 2014

ZIKIR

Assalamualaikum. . .

Sedar tak sedar hari dah 12 Ramadhan. Sahur tak tadi. .makan apa. .Apa2 pun jangan lupa sahur tau. .Minggu lepas saya ada terlepas sahur. .sedar2 dah azan subuh. Huh!! tengah hari tu dah mula lembik..rasa lemah sangat. biasa kot bagi ibu2 yang breastfeed kan. Walaupun bulan Ramadhan masih gigih kumpul stok untuk si kecik. Alhamdulillah saya berjaya bf Faris selama setahun sebulan 2 hari. Doakan saya sehingga 2 tahun bf Faris ya. 

Berzikir??? Selalu tak korang berzikir. Sebelum ni saya ada pernah bagitau dalam entri Mudahnya Menjemput Rezeki salah satu untuk cara untuk kita menjemput zikir dengan berzikirkan. Saya yakin bagi ibu2 diluar sana selalu berzikir terutama untuk tidurkan anak2. Selalu kita akan berzikir selepas solat. Tapi bagi yang baru bergelar ibu memang secara automatik kita akan berzikir .Ameen. Dengan berzikir kita dapat dekatkan diri kepada Allah.

Semalam saya ada pergi dengar ceramah sempena bulan Ramadhan anjuran PUSPANITA kem. saya bertajuk Wanita : Kau Terbela. Penceramah Ustazah Fatimah Syarha( Ahli Panel Program 3 Ustazah di Astro Oasis dan Penulis novel Aku ada wali - sekarang ada drama ni tau diaptasi dari novel Aku ada wali) dan suaminya Dr. Farhan. Apa yang saya ingin kongsikan daripada ceramah semalam ialah program mengingati Allah. Saya yakin kita sama2 dapat amalkan dan memang dah menjadi amalan seharian kita.

Program Mengingati Allah

Setiap Saat - Berzikir
Setiap  Hari - Bersolat
Setiap Minggu - Solat Jumaat/Khutbah Jumaat
Setiap Tahun - Ramadhan/Puasa
Sekali Seumur Hidup - Menunaikan Haji

Saya berharap kita dapat menambah amalan dengan berzikir hanya dengan beberapa saat sahaja. Untuk berzikir banyak cara dan teknik yang boleh kita gunakan. Selalunya orang akan menggunakan tasbih, jari, Tally Counter , zikr counter (aplikasi yang boleh didapati di play store) dan ada yang kreatif dengan cara tersendiri untuk berzikir.Dengan teknologi yang serba canggih ni memang mudah dan pantas untuk kita berzikir. Saya sendiri kagum dengan adanya aplikasi yang sangat mudah terutama aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit masing2. Tak kira di mana pun kita berada kita mampu berzikir.



Kita hanya perlu sentuh skrin
Mudahkan  kita buat pengiraan untuk berzikir

Boleh buat penambahan apa yang kita akan amalkan setiap hari setiap saat

Sunday, 6 July 2014

JAKEL KINI DI BANDAR BARU BANGI

Assalamualaikum. . . 

Salam Ramadhan semua. .

Macamana dengan persiapan raya. ???Mesti ramai yang dah siap sebelum Ramadhan lagi kan. .Bagi sesiapa yang tempah baju. .mesti dah lama tempah. Selalunya tukang jahit akan ambil tempahan awal dan tutup tempahan awal tahun lagi. Saya setiap tahun akan beli baju dah siap. Malas nak tempah2 kalau untuk baju raya ni. .

Sebelum ni, nak raya  ja akan serbu Jalan TAR. .tapi bila dah ada anak dua ni. Memang susah la nak bersesak kat sana. Kesian nak bawak Fayyadh & Faris. Dalam hati tu teringin sangat nak pergi sana. Sekarang pilihan untuk baju melayu hero2 kesayangan saya kat Jakel. Senang dan selesa untuk beli kat sini. Dulu nak pergi Jakel memang jauh kot .tak kat Masjid India. .kat Seksyen 7, Shah Alam. tapi bila dapat tahu Jakel dah buka cawangan kat Bandar Baru Bangi. Memang ajak encik suami serbu kat situ ja. dekat ja dengan rumah. tak payah lagi nak redah lalulintas jalan raya. Tambah2 bulan Ramadhan ni .

Jakel kat Bangi  tu kat mana ya??? Ok lepas ni bolehlah terjah kat Jakel untuk misi cari baju rayakan. .Jakel ni betul2 sebelah Warta kat Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, Selangor.


mungkin sementara ja
nanti dah lepas raya, ada kot bangunan kedai Jakel

Tahun sebelum ni Aaron Aziz ja yang jadi Duta baju raya Jakel. semua orang pakat serbu Jakel sebabnya nak baju raya Aaron Aziz. sebenarnya bukan sebab Dutanya ja. Baju Melayu keluaran Jakel memang puas hati, harga berpatutan dan siap dipadan dengan sampin lagi.Pelbagai pilihan warna yang dikeluarkan. Senanglah nak padankan dengan pilihan warna tema untuk keluarga masing2kan. Tahun 2014, Zizan Razak ditambah sebagai duta Baju Melayu Jakel. Kiranya bagi peminat2 Aaron Aziz dan Zizan Razak boleh datang ramai2 beli baju raya kat Jakel.



Apa yang untung beli baju raya kat Jakel. Bayangkan harga baju yang RM2ratuslebih. .bila Happy Hour memang berbaloi sangat dapat harga yang sangat berpatutan. Jom cepat serbu bagi yang belum shopping baju melayu lagi. Untuk kaum Hawa, jangan risau. .untuk kita pun banyak pilihan jugak. Kebanyakkan baju semuanya design yang terbaru dan memang rambang mata punya. Pelbagai baju daripada fabrik yang bermutu tinggi. warna pun memang banyak pilihan. Nak simple . .nak yang glamour pun ada.rasa masa promoter Jakel pulak




Dah beli carpet raya???
mai borong kat sini




sorry kualiti gambar tak cantik







dah penat shopping
si kecik mesti dah meragam kelaparan
jom cuba cupcake yang chomel2 ni kat warta





bubyeeee

+++Jakel ni rupanya dibuka sempena Hari Raya Puasa ja. .saya tengok lepas raya tempat tu dah kosong.tinggal tapak ja.

Thursday, 3 July 2014

IFTAR DI MASJID PUTRA

Assalamualaikum. . .
Hye semua. . .

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari kelima kita berpuasa. Sepanjang berpuasa ni ada tak yang berbuka puasa/iftar kat masjid.. atau ada yang berbuka kat rumah ja. .atau pun ada yang dah pergi iftar kat restoran/hotel yang menawarkan promosi berbuka puasa. Saya??? tahun ni saya berkesempatan untuk iftar kat masjid. Sebelum2 ni ada la pernah pergi dua kali tu pun masa Fayyadh kecil lagi. .Mesti kat semua tempat masjid2 yang berdekatan ada buat majlis iftarkan???Saya pergi majlis iftar kat Masjid Putra, Putrajaya.





Sebenarnya seronok jugak iftar kat masjid ni. Bila iftar kat masjid ni memang kita dapat kawal pemakanan kita. Kalau itfar kat rumah. .mesti akan makan pelbagai hidangan. Tambah2 kalau kita pergi bazar Ramadhan. Tengok makanan semua teringin nak beli. padahal bila masa berbuka, sentuh pun tidak.  Apa yang seronok iftar kat masjid??? Kita dapat berbuka beramai2 walaupun kita tak kenal pun orang yang datang tu. .dapat jumpa pelbagai kaum dari negara lain.Kenapa kita dapat kawal pemakanan kita?? Yala iftar kat masjid kita hanya makan makanan yang dihidangkan sahaja. Tak semua yang datang tu makan makanan yang pihak pengurusan masjid sediakan, ada yang bawa makanan sendiri. 

Semalam semasa iftar, sebelah tempat makan saya tu orang Arab.Diorang bawa makanan sendiri, baik betul hati diorang siap bagi makanan diorang kat saya. Dapat la rasa masakan dari negara diorang. Terlupa nak ambil gambar. Tak korang boleh la tengok.Dah pergi sekali mesti akan rasa nak pergi lagi keesokkan tu. Mesti ada yang tertanya makan apa. makan tu kat meja atau duduk bersila kat bawah ja. .Ok, untuk iftar kat masjid putra ni. Duduk bersila kat bawah .Kat masjid besi, makan kat meja. Tapi duduk bersila lagi senang.Tambah2 yang ada anak kecil macam saya ni. Senang la diorang nak main2 kat bawah. Tempat makan terpulang la kalau yang nak makan bersama keluarga, ruang yang berdekatan tempat sembahyang perempuan. Untuk makan diruang lelaki @ perempuan sahaja pun ada juga, ni ruang makan dia disebelah tempat sembahyang masing2. Bagi sesiapa yang belum pernah iftar kat masjid. .mesti ada yang tertanya2 kan. .mula2 tu terus makan nasi ke. .untuk pengetahuan kawan2 yang belum pernah ya. .setelah azan iaitu menandakan masuk waktu maghrib dan waktu berbuka, pihak pengurusan masjid menyediakan air, kurma dan kuih(dihidangkan siap2 kat atas tikar khas). tu hanya untuk batalkan puasa. .lepas tu sembahyang maghrib dulu. Lepas sembahyang , baru makan nasi iaitu secara buffet. Makanan yang disediakan Alhamdulillah sedap, banyak dan memang kenyang la. Kalau rasa tak kenyang tu boleh lah bawa makanan sendiri dari rumah.












Dulu sedih gak yala dah ada anak kecil ni memang tak dapat nak sembahyang terawih berjemaah la. .tapi bila masuk ja ruang sembahyang . Ramai ja orang yang bawa anak kecil. Malam pertama saya pergi memang tak dapat nak sembahyang jemaah. .Syukur, malam kedua tu, Faris tidur sebelum isya' dapat la berjemaah. Fayyadh, dia main kat sebelah saya ja.nasib dia tak minta  nak ikut encik suami. Ada hari yang saya tak dapat jemaah tu, duduk ja tunggu encik suami sembahyang. .dan hari Faris & Fayyadh aktif sangat pun saya tak dapat nak jemaah jugak, sebab hati tak tenang ja fikir diorang.













Kalau sesiapa nak cuba iftar kat sini dialu2kan, rumah Allah kan..tak salah kot saya nak jemput sesiapa pun. memang seronok .rugi tau setahun sekali ja dapat peluang macam ni. Situasi di masjid dan surau berbeza sebenarnya. Saya rasa ramai yang berpendapat surau/masjid ni akan penuh safnya bila awal Ramadhan ja. Bila dah hujung2 ni mesti tinggal la 2 saf ja. tapi apa yang saya lihat kat masjid putra ni berbeza. Jemaah makin ramai. .Alhamdulillah ramai yang mengimarahkan rumah Allah.Jomlah kita mengimarahkan masjid di bulan yang mulia ini.

Tuesday, 1 July 2014

NASI KERABU UTARA

Salam semua. . .


Petang2 di bulan Ramadhan ni mesti mak/ibu/mama/umi semua sibuk kat dapurkan. . .
Bagi yang bekerja tu. . .mesti tak sabar nak punch card/thumbprint
Nak balik masak. .stress kalau jalam jem
Wanginya masak apa tu petang ni untuk juadah berbuka ..???
Memang seronok dapat masak kat keluarga tersayang
Nak2 kalau tengok diorang makan dengan berselera dan siap tambah2 lagi
Kalau duduk di perantauan(macam jauh sangat kan) ni mesti akan terkenang dan teringin nak makan masakan kampung tercinta terutama masakan ibu
Bulan puasa ni la akan terkenang semua masakan ibu
Dulu masa anak dara tunggu mak masak ja. .tak pun tolong sikit2 ja kat dapur
Kalau waktu sahur ..orang utagha panggil soq. .kalau soq kalau mak tak kejut tak bangun
Bangun2 semua dah siap hidang. . .hampa macam tu tak???
Sekarang bila dah jadi isteri orang. .mak orang
Kena la semua tu buat sendiri
Bangun awai2 masak nasi. .masak lauk 
Tapi puas hati dapat masak kat keluarga
Pernah makan tak???
NASI KERABU UTAGHA
Ka tak pernah makan dan dengar pun
Yang tau nasi kerabu orang pantai timur ja
Kalau Nasi Kerabu Utagha ni sinonim bila bulan puasa 
Sedapnya  dah taip ni pun dah terliur
Macam mana nasi kerabu utagha ni
Nasi putih biasa ja
Yang beza dia punya bahan untuk digaul dengan nasi tu
Makan dengan lauk nasi campur jugak
Ada ulam-ulam yang pelik2
Tapi serius sedap
Terus ingat kat mak
Yang selalu buat rencah nasi kelabu ni Kak Hanem
Terima kasih na bagi resepi ni

Jom kita cuba buat

1 sb Lada hitam
3 Batang Serai (potong kecil supaya senang nak tumbuk)
2cm belacan
5 biji cili padi (terpulang kalau tak nak pedas sangat letak lada hitam ja)
5 biji bawang merah
2cm lengkuas
Garam secukup rasa
Limau nipis (pemberi resepi kata letak ikut kemasaman masing2)

Cara-Cara

Mula2 tu tumbuk lengkuas, serai , lada hitam,belacan,garam dulu tau
Dah lumut, baru masukkan bawang merah dan perah limau nipis

Daun untuk digaul bersama nasi

Daun Ulam raja
Daul Selom
Daun Kesom
Daun kaduk
Daun sekentut



Cara makan

Sebelum nak makan nasi dengan lauk kesukaan hampa tu
Gaul dulu nasi dengan rencah yang ditumbuk lumat 
Kemudian gaul dengan daun2 yang telah dihiris kecil2 (hiris macam nak makan dengan laksa )


Dah dapat resepi ni, boleh lah cuba ya. . .menyesal tak cuba.
Selamat mencuba
kalau dah cuba
hashtag kat instagram 
#resepiibufayyadhfaris
terima kasih