Nuffnang

Tuesday, 17 June 2014

BIRTHDAY PARTY @ LAKESIDE KOMPLEKS SUKAN AIR, PRESINT 6, PUTRAJAYA

Salam semua...

Saya harap untuk entri kali ni. .jangan muntah hijau tau. .sebabnya korang akan dihidangkan dengan gambar2 sepanjang birthday Fayyadh & Faris. .Jom kita layan





Tema ::: Colourful
Tarikh ::: 15 Jun 2014 (Ahad)
Tempat ::: Tepi Tasik, Komplek Sukan Air, Presint 6, Putrajaya
Masa ::: 4.00 - 6.00 Petang

Menu

Spagetti
Bihun Goreng
Mini Pizza
Nugget 
Sosej
Baklava
Love Letter
Mini Donut
Biskut Alphabet
Finger Sandwich
Tembikai
Cake
Cupcakes
Ais Krim Malaysia



Air Oren
Air Mineral

Like FB Page


















































Monday, 16 June 2014

DIY ::: Birthday Party ::: Fayyadh is 3 & Faris is 1:::

Assalamulaikum. . .


Apa khabar semua. .sihat???
Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umur kita untuk teruskan hidup sehingga hari ini. Saya teruja sangat untuk update blog berkaitan sambutan hari lahir kedua2 orang putera saya. bila saya bagitau nak buat hari lahir Fayyadh & Faris sekali. Ramai yang tanya diorang ni sama tarikh lahir ke. . .atau pada bulan yang sama ke. . .semua tak sama. .kenapa buat sekali. .???Kenapa??? biasalah bila dah anak dua ni. .boleh jimat kos .Lagipun Fayyadh sekarang dah besar. .dan dah pandai nak sambut hari lahir. .kalau beli kek ja. mesti dia akan nyanyi sendiri lagu happy birthday to you. . .siap cari lilin nak tiup. .dan tepuk tangan. .sebab tu la buat sekali ja.kadang2 dia main mainan lego tu pun . dia bagi kat saya bagitau ni kek hari lahir. dia suruh saya buat2 makan. Sebenarnya tarikh lahir dia 20 Ogos nanti. .Faris pula hari lahir dia 8 Jun..disebabkan tak sempat nak buat persiapan pada tarikh tersebut. .dilanjutkan seminggu. 

Persiapan hari lahir kali ni mudah dan senang sangat. Nak tau kenapa???encik suami download satu aplikasi kat play store My Party Planner Lite . Memang memudahkan lagi persiapan sebelum, semasa jamuan ni.Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut lagi berkenaan aplikasi ni ok kat entri seterusnya. Kali saya nak cerita persiapan dan perjalanan jamuan ni ja.

Untuk tempat hari lahir putera2 saya ni, saya dan encik suami plan nak buat kat luar. .nak cari kelainan daripada sebelum ni. sebelum ni pernah buat kat rumah( Fayyadh setahun) dan taska(Fayyadh 2 tahun). Memandangkan kat Putrajaya ni banyak tempat2 menarik. .betul tak???kalau tak percaya cuba korang jalan2 kat Putrajaya. Mula tu, plan nak buat kat Taman Botani.Bila pergi sendiri tengok tempat tepi tasik dan balik tu semak kat website Taman Botani. .kena bayaran untuk sewa tapak. tak berbaloi pulak kan kalau nak sewa tapak. Lepas tu, plan nak buat kat Taman Empangan. .kat sini tempat dia selesa, pemandangan cantik dan ada taman permainan kanak2. Bila fikir2 balik. .masalah kat sini satu ja. Parker kereta terhad. Nanti jadi masalah plak kat tetamu. yang datang. Akhir sekali encik suami cadang buat kat tepi tasik iaitu berdekatan pantai buatan. Memandang kat sini pemandangan cantik, tandas pun dekat, kat pusat sukan air pun ada surau dan yang paling  penting parker yang sangat luas. Memang tak masalah kan??? Bonus buat kat sini dapat tengok bot berhias. kebetulan hari jamuan ni hari kedua Floria Putrajaya. 

Sebelum tu.. .mesti ada yang akan tanya kan.Apa prosedur untuk buat kat Tepi tasik Kompleks Sukan Air Presint 6.Ok untuk makluman semua, kalau nak buat kat sini. Kita kena buat permohonan kat Perbadanan Putrajaya dulu tau. tak boleh redah ja walaupun ni tempat awam. Sepatutnya kena hantar surat seminggu sebelum majlis. .tapi saya hantar surat melalui email ja kat pegawai Perbadanan 4 hari sebelum majlis. Bila dah dapat persetujuan daripada pihak Perbadanan baru boleh buat ok. Terima kasih Pihak Perbadanan sebab luluskan permohonan kami. 


Tema???untuk tema jamuan kali ni, encik suami pilih tema colourful. Cantik dan ceria kan tema ni. Minta maaf Fayyadh , ibu tak pilih tema2 mainan kesukaan Fayyadh. .Syukur Fayyadh tak protes pun walaupun tak pilih tema dia. 

Makanan untuk tetamu??? Saya bersyukur sangat sebab encik suami yang masak, encik suami la yang banyak membantu dalam segala2nya. .saya hanya pembantu ja. .semua menu sudah tentu la encik suami yang tetapkan. .tapi encik suami tanya pendapat saya jugak. . saya sangat kat abang. .untung buat jamuan hari lahir anak semasa suami tengah cuti belajar ni. walaupun tengah sibuk nak buat xsignment dan final exam. encik suami masih boleh tolong sepenuhnya untuk persiapan jamuan ni. .saya sangat2 kagum kat encik suami .Nanti bila Fayyadh dan Faris dah besar ingat tau pengorbanan ibu dan abah. Saya hanya tempah kek dan bihun goreng ja.

Segala persiapan untuk design sticker makanan, botol mineral , goodies bag dan kad jemputan semua encik suami yang design sendiri . .hanya tempah untuk cetak sticker ja..saya nak jugak ucap terima kasih kat encik suami. .

Mesti korang tanya semuanya encik suami yang buatkan. .saya buat apa??? saya hanya tolong tempah kek ( pilih jenis kek ) dan bihun goreng. .dan. .saya ditugaskan untuk dekorasi tempat jamuan.tolong encik suami masak kat dapur. .encik suamilah ketua chef nya. .Kami  banyak siapkan semua persiapan ni masa putera2 nyenyak dibuai mimpi. .kira malam sebelum jamuan.jadi burung hantu lah. .sama2 masukkan makanan dalam goodies bag dan tampal sticker kat botol mineral. .sangat seronok ok. sama2 masak. .

Terima kasih jugak saya ucapkan kat kakak saya kok piah sebab mai tolong . .dan bff dia Hani. .
dan terima kasih yang datang memeriahkan jamuan hari tu. . .
Entri seterusnya baru saya nak upload gambar ok. .

Akhir sekali

Terima kasih sudi baca  saya potpet ni . . .

Salam Sayang

Ibu Fayyadh & Faris

Isteri Fairuz

Wednesday, 11 June 2014

PRE-LOVED ITEM

Salam semua . . .

Hari ni saya nak pre-loved beberapa helai baju kesayangan saya. . .
Sebenarnya saya masih sayangkan semua baju2 ni tapi apa kan daya semuanya baju kurung moden.
Cuma ada sehelai ja dress. .dress ni pun saya beli untuk pakai masa pregnant. .
Pakai pun 2 3 kali ja. .masih cantik lagi. . .masa tu pantang Poplook kuar baju baju nak ja beli. . .
Biasalah semua baju2 saya tempah sebelum saya disahkan saya pregnant anak kedua. . .
Sekarang saya masih bf anak kedua saya , Faris. . .
So, agak susah la kalau pakai baju kurung moden. .
Sebab tu saya terpaksa lepaskan baju kesayangan saya ni. .
Ada tak sesiapa2 yang berminat. .
Jangan risau kesemua baju2 saya ni masih dalam keadaan elok 
Maklum lah ada beberapa helai baju tu saya pakai dalam 5 6 kali ja. .


Perhatian :)

pastikan orang2 yang betul berminat untuk beli ja. . .
jangan la sekadar nak main2 order ja. .kesian kat orang yang betul2 berminat
jangan risau tau condition baju2 ni, insyallah masih ok lagi
saya akan utamakan orang yang mula2 email dulu
Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank, Bank Islam atau CIMB
Tempahan hanya sah dalam masa 24 jam sahaja
Harga termasuk postage pos laju
Berminat pm saya laju2 ok
jangan malu dan jangan segan
Berminat???
PM maklumat ini kat saya tau
l Nama l Alamat l Code baju l email l no Telefon l


kakak/adik/cik/puan/cantik/maness belecas bolehlah 
 emailkan kat saya 
wanhamizah88@gmail.com


wh01
9/10
full lining
RM80
size S

who2
9/10
RM80
Size S

wh03
9/10
RM60
Size S

wh04
9/10
RM55
size S

wh05
6/10
RM55
size S

wh06
9/10
Brand : Poplook
RM50
saya beli size S
Tapi bila pakai mcm size M


wh07
9/10
RM55
size S

wh08
5/10
RM60
size S
terima kasih ya jamu mata kat sini. . .
amacam ada yang berkenan tak . .

MEE RACUN???

Assalamuaikummm


Mee Racun???
Pernah dengar. . .Pernah makan. . .Kalau makan mati tak...
Mesti kalau sebut ja mee racun orang rasa pelik ja. saya sendiri pun rasa macam tu bila kali pertama dengar encik suami sebut MEe Racun. Selain Nasi Beriani terkenal di Batu Pahat, Johor. Mee Racun salah satu makanan yang terkenal di sana. .
Baru2 ni saya bawa kakak saya balik rumah MIL saya kat Batu Pahat. Biasa la kalau bawa orang jalan, mesti nak bawa ke tempat atau makan makanan kat tempat tu yang terkenal kan. Encik suami bawa makan kat Mee Racun 3G. Senang ja nak pergi sini, kedai ni betul berhadapan dengan Hotel Pinetree. . tepi jalan utama.

Jom tengok macam rupa mee racun. . mesti terfikirkan rupa mee racun ni macam mana laa. .
nama racun kan. .Mee Racun ni lebih kurang sama macam Mee kuah kedah la. tapi ada kelainan rasa pada kuah mee racun ni. saya punya tak tempah mee. saya tempah koteaw racun. encik suami mee racun biasa, kak hanim mee racun tulang , fayyadh bihun sup dan iman sama dengan saya. Kuah racun ni ada telur goreng yang dihancurkan, tauhu, kentang , daging dan lain-lain. Bagi saya sedap dan boleh la sesiapa yang nak cuba rasa kelainan kuah mee racun ni.

mee racun
RM5


koteaw racun
Rm5

Mee Racun Tulang
RM10



banyak pulak Fayyadh makan otak2
ni sebab tengok kak naseem n iman makan  tu




Jom cuba sendiri rasa Mee Racun 3G

Mee Racun 3G
No 2, Jalan Timah Sari
Kg Kenangan Dato Onn 1
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Waktu Operasi :  7 am hingga 2 pm
Dibuka setiap hari
 kecuali hari Ahad

+++masa dalam perjalanan balik Putrajaya, iman tanya umi dia kita tak mati pun kan.semalam makan mee racun+++

Jangan risau, dengan nama mee tu tau. .

Jom la rasa sendiri. . .




Tuesday, 10 June 2014

JOM MAKAN DI ANA IKAN BAKAR PETAI, BBB


Salam semua...

Hari dah masuk hari ke 13 Syaaban 1435 H. Tinggal beberapa hari lagi kehadiran bulan  Ramadhan. Di mana umah Islam akan berpuasa selama sebulan, yang pasti ramai yang akan mencari tempat-tempat berbuka puasa. Restoran ni bolehlah jadi salah satu tempat untuk berbuka puasa nanti. Jomlah rasa kelainan ikan bakar dengan rasa tambahan iaitu petai yang dipotong nipis. .Sebelum ni susah ja nak dapat tempat makan yang sedap terutama ikan bakar. .kalau ikan bakar orang akan cadangkan makan kat Bagan Lalang.hari kerja tak dapat la nak pergi.jauh sangat.Nasib la ada restoran ikan bakar kat Bangi. Pertama kali makan kat ANA IKAN BAKAR PETAI. memang puas hati. Harga berpatutan, ikan segar dan tempat makan selesa. Surau disediakan dan terdapat permainan kanak2. .sambil tunggu makanan sampai tu bolehlah nak bagi anak2 main dulu. .tak la diorang bosan menunggu.
pintu masuk ke ANAK IKAN BAKAR PETAI

ruang makan, jangan risau.luas tapi kat sini luas2 pun. .
kalau terlalu ramai orang memang penuh jugak. .
memang sentiasa ramai la kat sini

Jom pilih nak apa
ikan, sotong, udang, ketam
malam tu kami order
ikan bakar petai
sotong bakar petai
kerabu mangga
udang goreng tepung



nampak tak
Pak arab pun datang makan kat sini

serius sedap
udang goreng tepung tu
Fayyadh seorang pun boleh habis makan

udang goreng tepung :sedap dan garing

ni sotong bakar petai tuuu
walaupun nampak banyak petai
bila makan tak la kuat sangat rasa petai

bos kecik tunggu nak makan

banyak kereta malam tu
macam nak mai kenduri kawen


Untuk makluman,Restoran Ana Ikan Bakar Petai ada dua cawangan iaitu kat Bandar Baru Bangi dan Kuantan. ni kat BBB punya. ..Bagi sesiapa yang nak pergi ni alamatnya.

Lot 29991, Persiaran Kemajuan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
(sebelah Balai Bomba BBB)
No Tel:0192177668
Email : aimanbbb7@yahoo.com
Waktu Operasi : 5.00pm- 12.00am     


Map of the business location


Kami & cakesdelemari

Salam semua . . .

Ada tak kat sini yang sedang mencari cupcake 
 Meh sini saya nak bagitau kat mana boleh dapat cupcake yang sangat sedap 
Tekstur dia lembut ,chomel dan tengok tu terus jatuh hati, tu belum makan lagi
Kalau sesiapa yang tinggal kat Putrajaya Puchong tu boleh la cuba pergi sendiri rasa kenikmatan CakesDelemari kat Seri Kembangan
Saya tau CakesDelemari ni pun ada baca2 kat instragram Fatin Suhana
bayangkan dia sanggup datang jauh2 sebab nak beli cupcake Red Velvet kat sini
sebab tu saya pun teringin nak rasa sendiri 
Bila dah cuba baru tau 
encik suami pun cakap cupcake kat sini memang sedap

Dekorasi kedai dia pun sweet sangat


Ok jom kita tengok lebih dekat lagi . . mai2 sini semua

kalau nak datang jangan lupa semak dulu tau waktu operasi kedai ni
jangan jadi macam saya. .
dulu 1st time datang
yakin ja hari ahad kedai bukak
tut2 kedai tutup daaa








terliur tak. . .
tengok pun dah terliur kann
sedap takk??
serius sedap


bos tengah makan



apa tunggu lagi jom singgah ke
l
l
l
v
v
v
Cakes De Lemari
B-10-G, Block B Putra Walk,Jalan PP 25,, Bandar Putra Permai Seksyen 2
43300 Seri Kembangan, Selangor
Malaysia
       +60 3-8940 4833

Map of the business location