Hiii
Assalamualaikum
Baru2 ni family kecik saya pergi Bintulu, rumah kakak saya kat sana. Lama dah kot tak pergi sana. Last pergi masa Fayyadh 4 bulan. Sekarang dia dah 3 tahun 3 bulan. . .lama kan.Bintulu ni tempat dia kecik ja. .tapi seronok ja tinggal kat sana. .saya pergi sana pun sebab nak melawat kakak kat sana. .memang la tak tempat yang menarik tapi boleh la nak melawat tempat orang kan. Apa yang besh kat sana. .makanan laut dia murah kot. geram ja tengok. .bila blik semenjung asyik nak bezakan ja harga dengan Bintulu. Kalau pergi sana mesti akan pergi Pantai Tanjung Batu , Tamu dan PUB.Apa pergi PUB. . PUB tu singkatan daripada Pasar Utama Bintulu ya adik2..jangan salah anggap plak. Seronok melawat tempat orang sebabnya saya suka tengok, rasa makanan yang pelik kat tempat orang. .masa pergi Tamu. macam2 sayur ada kat sini.
Flight kami awal pagi...7.25 am. Encik suami guna perkhidmatan mytaxi. memang mudah dan pantas. .Mula tu dah ada driver taxi yang bagi respon. .dia ingat suruh amek jam 4.00 pm. Bila tanya lagi sekali 4.00 am. truz dia tak jadi. Lepas tu encik suami request blik. Akhirnya ada driver taxi lain yang akan amek kami. Tambang naik teksi dari rumah saya(Presint 5) ke Putrajaya Sentral harganya RM13 ja.
Kalau nak jimat masa dan wang bolehlah naik ERL ke KLIA2. Waktu Operasi ERL seawal 4.50 am kat Putrajaya Sentral, sempat sangat la kami sampai awal kat KLIA2. Tak lama pun tunggu kaunter buka pagi tu. Tambang untuk seorang dewasa RM6.20. dua orang RM12.40.jimat tak??? Teksi+ERL = RM25.40.
Sampai2 KLIA2 , terus pergi check in. .Lepas check in, beli makanan untuk breakfast. Beli jugak walaupun encik suami dah sediakan sandwich pagi tu.Syukur sangat bawak twin stroller. .sebabnya jauh jugak jalan nak pergi ruang menunggu tu..tapi KLIA2 sangat selesa.Kemudahan yang disediakan pun puas hati.
Perjalanan KL- Bintulu mengambil masa 2 Jam..Fayyadh bangun kejap ja..tak lama tu dia dah tido. Faris bagi minum susu pun masih segar..yala baru bangun tido.abah n abg Fayyadh dah selamat tido. Tinggal la Faris n Ibu. .masa tu memang mengantuk tahap gaban dah. .saya buat2 tido. .akhirnya Faris pun tewas jugak sebab tak ada orang layan dia. Kalau tak, nak main ja. bukak tutup tingkap. nak baca buku. .Jam 9 lebih kami sampai kat Bintulu.
Beratur panjang jugak masa kat kaunter imigresen untuk dapatkan surat pelepasan masuk ke Bintulu.Lepas dah amek beg..kakak saya dah tunggu. .Faris tido lagi . Fayyadh dah bangun..Fayyadh macam biasa lama tak jumpa alang n sepupu dia mesti malu2 kucing.
Tido kat rumah kakak saya semalam, esok pagi tu jam 6.30 am. Kami bertolak ke Miri..Perjalanan Bintulu - Miri ambil masa dalam 3 jam. .Jalan nak pergi Miri ni ,memang beralun2 tau. .nak ke toilet atau beli makanan . Kena beli siap2 sebelum tu. Sepanjang perjalanan ladang kelapa sawit dan hutan ja.Sampai kat Miri, kami sarapan merangkap makan tengahari. Lepas tu, tukar duit siap2.
Jam 2.00 pm, baru bertolak dari Miri- Brunei. Sebelum masuk ke Brunei, ada caj melalui tol Jambatan Rasau, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Caj lebih kurang RM10 duit kita.
>>>>>>>sambung kat Part 2.
No comments:
Post a Comment