Nuffnang

Sunday, 7 December 2014

MERITUS PELANGI BEACH RESORT&SPA, LANGKAWI

Salam semua. . .
l 1 Disember 2014 l Isnin l


Mesti sekarang ramai yang pergi bercuti. .tambah2 musim cuti sekolah. Ada ja plan nak bawak anak2 pergi bercuti. Tak ada anak cuti sekolah pun, hujung tahun mesti punya nak pergi bercuti setelah penat bekerja kan. . .Saya pergi Langkawi ni ikut encik suami outstation kat sana. Walaupun cuti dah tinggal ciput ja, sanggup gak ikut. Niat nak la simpan cuti tu untuk tahun depan. Tak menyesal ikut encik suami. Seronok rupanya bercuti kat Langkawi ni. Patut orang selalu pergi sana.

Ni merupakan hari kedua saya kat Langkawi. Lepas ja check out kat Bayview Hotel, kami teruskan perjalanan pergi Kompleks Haji Ismail Group( ni dah kali kedua pergi tau). Misi untuk membeli teko dan beg (orang ofis encik suami pesan). Pergi sana terbeli jugak coklat walaupun dah beli banyak. Pukul 12.00 pm, encik suami ke pergi airport jemput staff ofis encik suami. tepat pukul 12.00 pm, kami sampai kat airport hantar encik suami. Fayyadh nangis xmau2 sebab nak ikut abah dia. Nasib Faris tidur nyenyak ja. Pujuk pun tak makan saman. Nangis ja sepanjang jalan. Sampai kat hotel, tak lama lepas tu hujan turun lebat. Fuh!! lega selamat sampai kat hotel sebelum hujan.

Lobi hotel



Pukul 1 lebih , saya pergi check in .Serius hotel ni sangat cantik. .tak sabar nak tengok bilik pulak. Pengangkutan untuk ke bilik menggunakan perkhidmatan buggy. Kalau rajin nak jalan pun boleh.Korang pun mesti tak sabar nak tengok bilik dia kan. . Ok dah selesai check in, saya dan hero2 pun pergi la ke bilik kami.











Cantik kan bilik dia. Sebelum ni saya ada terbaca kat testimoni kat web hotel ni, pengunjung yang pernah menginap kat hotel ni mesti akan komen akan pergi lagi ke hotel ni. Walaupun ada yang kali kedua pergi, akan pergi lagi. Dah pergi sendiri baru tau sebabnya. Saya pun berhajat nak pergi lain. Tambah2 yang ada anak kecik , saya yakin budak2 seronok datang sini. Kemudahan yang disediakan sangat memahami dan menepati pengunjung. 

Saya dan anak2 hanya rehat kat bilik sementara tunggu encik suami selesai program dia petang tu. Bila encik suami dah balik bilik, kami semua jalan2 kat pantai belakang hotel. Semasa  Fayyadh n Faris mandi dan main pasir. .terjumpa swimming pool pulak. bawak la depa dua orang mandi kat swimming pool. Bukan budak2 ja yang seronok tau mandi kat sini, mak bapak budak pun teruja kot. Keesokkan tu Fayyadh dah bagitau nak mandi lagi kat sini.












Malam tu pun encik suami sibuk dan pagi2 tu encik suami dah ada lawatan kerja. Pagi tu, saya dan hero2 pergi sarapan. Sarapan kat sini banyak pilihan. .kalau ada encik suami mungkin saya makan banyak lagi. .hu3. .ni bertiga ja dengan kejar masa Fayyadh nak mandi kat swimming pool memang tak dapat nak menikmati semua makanan. Tapi semua makanan kat sini puas hati dan sedap2.









Fayyadh tak sabar nak g mandi

Dah selesai sarapan , saya pun bawak Fayyadh dan Faris pergi mandi. Sejam jugak bagi depa main air.Tu pun tak puas lagi. Pukul 12 pm dah kena check out, sorry Fayyadh Faris ibu tak boleh bagi mandi lama2. ibu nak kena balik kemas barang. Masa nak balik Fayyadh asyik tanya bila nak datang lagi mandi kat dinosour. Lepas check out, kami terus cari jalan menuju Sky Cab( Cable car). .jauh jugak rupanya nak pergi sana. Tapi berbaloi sebelum nak sampai dapat tengok pemandangan indah. .laut cantik. .sejuk mata memandang. .sampai2 kat kaunter tiket. .ramai sangat orang. .memang kena sabar la tunggu giliran nak naek cable car..walaupun lambat tunggu nasib puas hati. Beratur panjang pun terubat, bila dapat masuk skydome. Sebelum dapat naek cable car, semua orang dapat masuk skydome dulu. .best dan dapat rehat. .sebab kena diri lama. masuk2 sini. .memang rasa relax sangat. tambah2 saya amek dok kerusi yang belakang sekali tu. Masa tunggu giliran nak naek cable car, Faris paling tak sabar. ..nangis sebab asyik giliran orang lain ja. Dapat naek atas cable car diam ja. .takut kot. .

Depan bilik kami



otw nak g check out

penat main air
Seronok tak naek cable car???seronok + gayat skit masa nak turun tu. . .dah turun tu.Kami kejar2 pergi Pekan Kuah nak solat dan makan. . .dan masuk lagi Kompleks Haji Ismail Group sebelum balik KL. Encik suami nak beli troli untuk angkat pingkak mangkuk saya. .tak berani nak letak bawah. .saya mintak  encik suami tolong bawak naek atas flight. .terima kasih abg. .layan jugak permintaan ist3 neh. .dah selesai suma. .kami pun bergegas pergi airport. .sempat lah rehat kat airport. Pukul 9.45 pm baru kami bertolak balik KL. .penat sangat hari tu tapi seronok dapat bawak anak2 jalan. .dannn shopping. .Langkawi tunggu kami mai lagi na. .entah bila laaa. . percutian kali ni kira pra ulangtahun perkahwinan yang ke-4 saya dan encik suami. .Syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan selama ni. .dengan kehadiran 2 orang permata hati ..yang sentiasa menyerikan rumah tangga kami. .insyallah tahun depan bertambah orang baru. Ameennnn. . . 








terima kasih jugak sudi baca entri kali ni. .

Wassalam:)

Friday, 5 December 2014

LANGKAWI KAMI DATANG

Assalamualaikum...

l 30 November 2014 l Ahad l

Tepat pukul 4.30 pagi , kami semua turun tunggu kat lobi apartment rumah saya..sebabnya janji dengan driver teksi suruh amek kami untuk ke Putrajaya Sentral. Macam biasa encik suami guna perkhidmatan mytaxi.Senang dan pantas. Senang bukan bermaksud langsung tak da masalah tau. .ada jugak. Ada driver teksi yang jawab untuk hantar tapi bila telefon tak jawab2. Akhirnya encik suami batal permohonan tu. Mohon permohonan baru. .tak yakin kot. Nanti tak pasal2 terlepas flight. Akhirnya dapat driver pagi tu ustaz driver teksi. Syukur, alhamdulillah..kami sampai2 kat Putrajaya Sentral terus beli tiket. Tunggu tak sampai lima minit, ERL pun sampai.


Pagi tu boleh tahan ramai jugak pakat nak naik ERL. Normal kot cuti sekolah, semua orang ada plan masing2. Nak bawak anak2 bercuti. Saya ni ikut suami mesyuarat sambil tu boleh jalan2 kat Langkawi. Orang kedah pun tak habis jalan lagi kat Langkawi. Sebelum ni dengar orang suka sangat pergi sana. Bila dah pergi sendiri baru tau. Kaum Hawa kalau pergi sana memang tak boleh tahan nafsu membeli. .yang tak da berniat pun akan niat terus kat sana.Huh3. .


Sampai ja kat KLIA. .terus pergi check in. dan masuk kat ruang menunggu. .nak kejar solat subuh. . tengok boarding pass. .kena tunggu kat Gate 11. Seronok ja jalan nak pergi Gate 11. dah hampir sampai pun Gate 11. Tanya kat staff kat situ, rupanya surau kat pintu masuk. .Kena la berpatah blik mak buyong ni. penat tau. .Encik suami dan anak2 terus pergi kat Gate 11. Kalau KLIA2 tak risau surau ada 2 3 kat ruang menunggu.


Pukul 8.35 pagi, kami sampai kat Langkawi. Alhamdulillah selamat sampai . Jangan risau tau kalau korang belum sewa kereta. Selesai ja amek bagasi, keluar2 tu banyak ja pilihan nak sewa kereta. .ada hampir sepuluh kaunter sewa kereta. Akhirnya encik suami amek keputusan untuk sewa kereta tak silap saya kaunter ketiga. Caj yang dikenakan RM250 untuk 3 hari- kereta myvi auto.
Jumlah yang perlu dibayar semuanya RM300.Lepas dah hantar kereta nanti, RM50 akan dipulangkan.


Selesai buat pembayaran dan dapat resit bersama no kereta. Kami pun tunggu untuk amek kereta. Tunggu dalam 10 minit jugak. Lokasi pertama kami, cari tempat makan. .lapar kot. Masa dalam perjalanan ke Pekan Kuah. Terjumpa kedai makan kat tepi jalan. Nampak macam ramai ja orang makan kat kedai tu. Mesti sedapkan. . .dah ramai orang.





Jangan lupa singgap tau kalau korang pergi Langkawi. Serius sedap makanan kat sini. Sedap dan murah. Nasi Lemak biasa Rm1 ja. .Dah selesai sarapan, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah. Nak check in hotel masa tu awal lagi. Apa lagi kita shopping lew. . .tak sah kot kalau datang Langkawi tak pergi Kompleks Haji Ismail Group.   Kat Kompleks HIG ni, lengkap. kalau tau awal2 check in ja hotel dia. Semua ada ??apa yang semua. tempat shopping pinggan mangkuk, coklat , cadar dan boleh katakan macam2 ada la. Surau dan medan selera pun ada jugak. Kedai makan kat medan selera tu harga makanan dia boleh tahan jugak. Tak puas hati. mahal sangat. .






Masuk2 ja dalam Kompleks HIG ni, fuh memang rambang mata. .dengan pinggan mangkuk yang murah dari harga kat KL ni. .coklat yang pelbagai pilihan. .semua ada beg2. .saya pun terjebak beli pinggan mangkuk tau. Ingat sebelum ni makcik2 ja. .yang suka shopping pinggan mangkuk. .saya ni makcik2 jugak ke?? Beli la dah alang2 datang sini. Nak datang sini kena bawak duit secukupnya tau. Nanti gigit jari tak dapat beli.. apa pun kena belanja secara berhemah. saya berhemah tak???tak kot. semua nak beli. Coklat ja dah penuh satu beg. Bagitau kat encik suami stok untuk setahun.Hu3.


Dah puas beli barang?? belum sebabnya teko yang saya nak belum ada . Maksudnya esok tu kena datang lagi lew. Lepas dah beli barang untuk hari tu, kami pun ke Hotel Bayview.Hotel ni betul2 kat Pekan Kuah. nak pergi jalan shopping2 kat situ, jalan kaki pun boleh. Bila makan kat depan hotel, ada uptown. Bilik saya untuk hotel Bayview RM250 termasuk 2 orang breakfast. Ok kan??? Rehatkan badan jap dan solat. Kami teruskan lagi aktiviti hari tu, maklumlah esok hari encik suami dah sibuk. Lokasi kami seteruskan bawak Fayyadh n Faris ke Underwaterworld. .bayaran yang dikenakan Rm24 seorang dengan syarat tunjuk pas kerja korang.Fayyadh n Faris tak dikenakan caj. Sejam jalan kat dalam tu, puas hati hero dua orang tu dapat tengok pelbagai jenis ikan dan hidupan laut. Bila tengok ikan yang cantik dan comel, memang dapat rasa kebesaran ciptaan Yang Maha Esa.








Keluar Underwater World dah pukul 6 lebih. .kami terus ke Dataran Lang. Bawa Fayyadh n Faris tengok burung helang yang terbesar. Kagum Faris tengok burung helang. Dia memang pantang tengok burung. .burung dah hilang pun. Mesti akan tanya lagi. .bird ane??bird ane???selagi tak puas hati tanya ja.



Jumpa lagi di entri seterusnya. . perjalanan kami belum selesai di Pulau Langkawi. . .