Nuffnang

Tuesday, 9 September 2014

JOM kita MENDOBI

Salam. . .

JOM KITA MenDOBI sebenarnya entri dah berkurun saya tertangguh2 nak post. sepatutnya lepas raya saya dah publish entri ni.Apapun nak jugak saya publish layan ja lah yaaa. . .

Raya tahun ni giliran siapa suami atau isteri? sekarang dah tak da kes gaduh2 balik raya. ikut ja giliran senang. adil kan??? tahun ni giliran encik suami. Setiap tahun kami akan ke kutub utara dan kutub selatan. Selalunya kalau giliran balik johor, kami akan balik juga kedah untuk berbuka puasa. Kalau raya di johor, raya ketiga akan gerak ke kedah pulak. Macam ni lah setiap tahun. 

Balik kampung, kalau ramai2 mesti akan ambil kesempatan basuh baju awal2 takut nanti tak muat pengidai. .tapi dengan adanya dobi layan diri. Memang sangat membantu. sangat2 membantu. .sangat mudah dan jimat masa. Tak payah nak tunggu kering . .kutip baju kat pengidai. .Guna ja perkhidmatan dobi layan diri.masuk duit, tekan2 dan tunggu ja baju tu . Sediakan duit secukupnya sahaja. Duit syiling? tak payah pening2 kepala nak cari duit syiling. Kat situ dah siap ada mesin untuk tukar duit syiling. .Apa terlupa nak bawa serbuk pencuci dan pelembut? Jangan risau. bolehlah ja beli kat mesin yang disediakan. tapi kalau nak untung bawa sendiri.





Masa kat kampung encik suami, jalan2 kat Batu Pahat. Saya terjumpa kedai dobi layan diri, teringat baju dalam beg baju kotor yang dah penuh tu. Pagi tu saya terus bagi tau hajat nak cuba pergi mendobi kat situ. Untuk pengetahuan korang, tu lah kali pertama saya guna perkhidmatan dobi layan diri. Sebelum ni basuh baju kat rumah ja.Tapi guna servis ni memang sangat mudah dan pantas. Hanya masuk duit ja. Semua kerja jadi mudah. Yang penting jimat masa. Bolehlah kalau nak cuba. . .memang terpikir kalau ada kat rumah aman hidup. . .tapi masalah saya, lipat baju. memang tak pernah selesai. .janganlah encik suami baca entri ni. tak kantoi la. bocor rahsia.



Apa yang seronok guna perkhidmatan dobi layan diri ni.  kita tak payah nak pikir nak sidai baju. .kutip baju. kalau hujan sekali pun. baju kita tetap akan kering dengan pantas. Selalunya bila kuar jalan, hujan kat rumah. mesti kita akan terpikir baju kat rumah. Betoi tak?? Perkhidmatan dobi ni memang sangat membantu untuk kaum2 ibu.  setuju tak???




Wednesday, 3 September 2014

Bella Ammara Shah Alam

Assalamualaikum. . .

Apa khabar semua. . . sihat???

BELLA AMMARA

Ada tak yang tertunggu majlis pelancaran butik ni
Mesti ramai yang tertunggu2 kan
Saya tiap2 hari tengok ig Bella Ammara
Tak sabar sangat nak beli jugak jubah Tiara & ROsie
Menghitung hari juga kot nak pergi dan dapatkan jubah dia
Syukur sangat encik suami layan permintaan si ist3 yang kempunan jubah Bella Ammara
Saya tak dapat pergi hari pertama pelancaran tu

TAPI saya pergi hari kedua
Ingat hari kedua tak kena amek no dan masuk ikut masa yang ditetapkan
kena jugak amek no. dan tunggu sehingga no dipanggil
dah macam nak beli tudung Fareeda kan
sebelum tu, kami pergi kenduri dulu kat Sg Besi
lepas kenduri terus pergi Seksyen 7 Shah Alam
dua kali pusing baru dapat parkir
dapat parkir blakang Bella Ammara
Encik suami dan Faris tunggu dalam kereta ja
Fayyadh teman ibu dia
Fayyadh asyik tanya ja nak pergi mana
Bila sampai ja depan butik Bella Ammara
Terus daftar untuk amek no.
Fayyadh yang teruja nak pegang no.
Nasib dia layan ja ibu amek gambar 
Fayyadh jadi lah kejap model Bella Ammara petang tu

Alhamdulillah tak lama sangat tunggu nak masuk
Tak kesian encik suami dan Faris
Masuk ja dalam butik memang rambang mata
banyak pilihan, design cantik2 , semua bekena kot
Untuk elak godaan syaitan, sebelum tu dah kena buat pilihan 
Takut nanti amek masa terlalu lama masa nak pilih
Saya beli tiara & rosie jubah
Serius puas hati sangat
Jahitan kemas, design dia simple tapi bila pakai nampak glamour
yang penting masih nampak gaya seorang muslimah



Hari tu saya tolong belikan untuk kakak saya sekali
nasib semua yang saya nak ada size
RM150 sehelai memang berbaloi 
Terima kasih staff Bella Ammara atas layanan baik dan mesra pelanggan

Lepas dah selesai shopping jubah kat sini
Encik suami ajak pergi GM Klang plak
Fuh!!!memang terkejar2 sebab GM tutup pukul 7pm
mula tu tersesat . .apapun sempat sampai dan beli seluar hero kesayangan
Memang kalau nak beli barang kat GM ni
Kena keluar awal2 pagi baru dapat pusing setiap tingkat
Murah dan banyak pilihan
Lagi banyak beli lagi dapat harga murah
Sebelum balik rumah
Kami singgah minum kat AYER@8
makan kat teh tarik place
untung sangat hari tu
minum teh tarik @ teh ais 
hanya dengan harga 5sen ja
Untungkan. . ni semperna promosi 31 Ogos
Kalau sesiapa nak pemandangan cantik kat Putrajaya 
Bolehlah lepak2 makan2 dating2
kat Ayer@8



Wednesday, 23 July 2014

IFTAR DI MASJID BESI,PUTRAJAYA

Assalamualaikum. . .

Salam Ramadhan. . .

Ramadhan tahun ni, ramai yang mengambil peluang untuk iftar beramai-ramai. Sepanjang bulan Ramadhan , buka ja surat khabar tempatan ada ja sisipan gambar2 orang ramai iftar di tempat2 awam. Setiap negeri ada ja tempat yang menjadi tumpuan untuk iftar beramai2. Siapa yang belum cuba iftar di tempat2 awam atau di masjid lepas ni bolehlah cuba untuk merasai sendiri suasana iftar di secara berjemaah. Serius memang seronok dan rasa satu kelainan. Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pun meluangkan masa untuk iftar bersama orang awam di padang berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang pada 13 Julai 2014. Baru2 ni saya ada terbaca kat Instagram Tengku Puan Pahang bersama keluarga pun ada iftar di padang MPK 1. Dulu masa percintaan tu ada la iftar kat tempat2 awam tapi bila dah berkeluarga ni saya iftar kat masjid. Sebabnya lebih selesa sikit bila ada anak2 kecil ni. 

Iftar di masjid ni tak semua sama maksud saya suasana berbuka lain. Apa yang berbeza kat masjid Putra semua jemaah berbuka di bawah(bersila) tetapi kat Masjid Besi boleh pilih samada nak duduk bersila kat bawah atau pun nak duduk di meja yang disediakan. Kalau kat masjid Besi sementara tunggu masa berbuka, kita akan baca tahlil. Tapi kedua2 masjid memang sentiasa ramai orang datang terutama di hujung2 bulan Ramadhan.

Baru2 ni saya berpeluang iftar kat Masjid Besi.  Bila encik suami tanya Fayyadh nak pergi masjid mana. Fayyadh mesti akan jawab masjid putra. tapi nak rasa kelainan kami pergi juga masjid Besi. Seronok jugak bila bertukar tempat iftar dan terawih. Solat Sunat Terawih di Masjid Besi akan dipimpin oleh Iman jemputan Antarabangsa .Berbaki puasa beberapa hari ni jom la cuba iftar di masjid. Memandangkan kita semua akan cuti panjang untuk menyambut lebaran yang bakal tiba.













Masjid Putra dan Masjid Besi ni mempunyai rekabentuk  dan tarikan yang tersendiri. Saya pecaya setiap kali pelancong yang datang melawat Putrajaya tak sah kot kalau tak abdikan gambar berlatar belakang kedua2 masjid ni. Nama asal masjid besi ni sebenarnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong XII, Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Masjid ni dibina pada 5 April 2004. Lokasi masjid yang stategik dan menarik terutamanya kilauan dan limpanan cahaya lampu pada waktu malam.




Masjid  Besi merupakan satu2nya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu lalauan pejaln kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Rekabentuk dalaman masjid ini sangat unik iaitu dihiasi dengan tulisan ayat2 al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca . Idea ini terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Terpegun tak tengok keindahan dan kecantikkan Masjid Besi. Apa lagi mai la sendiri iftar dan solat kat sini.









Jom kita mengimarahkan masjid Besi sepanjang bulan Ramadhan ni. Kat Masjid Besi terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Sunday, 20 July 2014

JOM AMALKAN 10 AYAT AWAL & AKHIR SURAH KAHFI

Salam semua

Kita masih di mood bulan puasa dan masih ramai yang sibuk mencari dan melengkapkan persiapan lebaran yang bakal tiba. .tapi tahun ni saya rasa terlalu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar minggu ni dah minggu terakhir kita akan meninggalkan bulan yang penuh barakah. Selalunya kita akan sibuk untuk hal2 duniawi. Apakah persiapan kita untuk akhirat nanti. Saya bukan baik sangat dan banyak lagi amalan dan bekalan perlu saya kumpul. .tapi saya nak jugak kongsi ilmu yang saya baru tahu dan saya rasa bersalah pulak jika tak kongsikan kat korang semua.Baru2 ni semasa saya balik kampung dan sementara menunggu waktu berbuka. saya rehat2 kat depan tv dengan mak tersayang. .tiba2 saya dengar mak saya tengah baca sesuatu. 

Kemudian. . .saya pun terfikir juga apa yang yang mak tengah bacakan. Lepas ja mak saya selesai baca. Saya terus tanya. .

Saya: Mak, apa yang mak baca tadi tu. . .
Mak: Oh. .tadi tu mak baca surah kahfi.
Saya: Surah kahfi???ceq pernah dengaq tapi apa kelebihan bila kita baca surah tu. . .

Mak saya pun panjang lebar terangkan kat saya kelebihan dia

Mak: Lepas ni hapai la surah kahfi. .10 ayat awal dan 10 ayat akhir. .senang ja ayat dia bila kita dah hapai. surah ni untuk mengelak daripada fitnah dajjal.
Saya: Fitnah dajjal??Fitnah macam mana
Mak: Bila kita dah meninggal nanti dajjal akan meragukan kita. Dia mengaku kata dialah tuhan. Allah dah bagi kelebihan kat dia. Dia boleh hidupkan orang yang dah mati. .dia boleh belah orang dan sambungkan balik. lepas tu takut nanti kita pun yakin kata dialah tuhan kita. Bila dah amalkan surah kahfi ni Insyallah akan tolong kita daripada fitnah dajjal.

Bila saya dah tahu kelebihan surah kahfi saya pun rasa takut saya tak mampu nak elakkan daripada fitnah dajjal dan dah tanam kat dalam diri nak cuba amalkan dan kongsikan ilmu ni. Tapi kalau tak sempat nak hafal. Kita boleh dengar kat handphone  atau kat pc sambil2 buat kerja.

Surah Kahfi ni adalah surah ke-18 dalam Al-Quran yang mempunya 110 ayat. Rasullah S.A.W telah menjelaskan keutamaan bagi pembaca surah Kahfi pada malam Jumaat, siang hari Jumaat atau waktu lain.

Kelebihan Surat Kahfi
  • Allah SWT memberikan cahaya dan pengampunan dosa sehingga hari Jumaat berikutnya
  • Para Malaikat meminta Rahmat sampai waktu subuh sehingga Allah SWT menjauhkan dari penyakit panas, penyakit yang tidak tersembuhkan serta terhindar dari fitnah dan tipu daya syaitan
  • Allah SWT memberikan ketenteraman hidup

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Jom kita baca apa keistimewaan Dajjal. Sumber ni saya perolehi daripada http://ustaznaim.blogspot.com/

KEISTIMEWAAN DAJJAL

Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

10 Ayat Awal


18:1
18:2
18:3
 18:4
18:5
18:6
18:7
18:8
18:9
18:10


10 Ayat Akhir

18:101
18:102
18:103
18:104
18:105
18:106
18:107
18:108
18:109
18:110

Jom kita hafal dan kepada sesiapa yang dah hafal. Alhamdulillah syukur.
Mari beramal bersama-sama.


-Nak mudah membaca quran??
klik  quran.com