Assalamualaikum. . .
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru diucapkan terutamanya kepada mak & abah. Guru pertama saya sejak saya dilahirkan. Terima kasih mak & abah.Selamat Hari Guru juga kepada dua orang kakak saya CIkgu Neem dan Madam Leeza.Guru-guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih di atas ilmu yang telah dicurahkan.Saya yakin pasti ibubapa sibuk mencari hadiah untuk diberikan kepada guru2 kepada anak-anak hangpa kan. . .???Saya perasan setiap tempat sehari sebelum 16 Mei 2016, semua ibubapa sibuk mencari hadiah. Memandangkan tahun ni, hari guru jatuh pada hari ahad. Anak2 masih berpeluang mencari hadiah di hujung minggu.
Perlu ke bagi kat cikgu2? Bagi saya perlu atau tak. . bergantung kat diri sendiri dan kita mampu atau tak. Bagi saya. . kenapa saya nak bagi hadiah..walaupun anak-anak saya kat tempat penjagaan . Saya akan bagi juga. sebagai tanda penghargaan pengasuh menjaga anak- anak saya. Pada masa yang sama mereka juga mendidik anak-anak saya.
Kita beri atas kemampuan masing-masing. Biar kecik asalkan benda tu berharga. Ok saya nak kongsikan..apa yang saya beri kepada cikgu/pengasuh anak-anak saya. Tahun ni encik suami dan saya bersetuju untuk berikan bento nasi lemak. Tahun lepas, tak sempat nak bagi semasa sambutan hari guru. .saya terus bagi cenderahati sempena sambutan bulan Ramadhan. .tahun sebelum tu, saya bagi cenderahati simple ja.
Petang ahad,15 Mei 2016 ,penat jugak nak cari tupperwear. Biasalah bila kita tak nak , senang ja jumpa. Bila nak guna , bukan main susah nak dapat. Tempat pertama cari kat Dengkil. .tak dapat jugak yang dicari. Akhirnya terjah ke Bandar Baru Bangi.
Tepat jam 3.30 pagi di pagi Isnin, encik suami dan saya mula sediakan nasi lemak khas untuk cikgu/pengasuh. Saya harap cikgu/pengasuh puas hati dengan hadiah yang tak seberapa ni. #Bentohariguru dimasak dengan penuh kasih sayang tau. CIkgu/pengasuh ja tau sedap ke tidak :) Hangpa bagi apa ???
Mesti lagi meletopkan...???
#terimakasihcikgu2016
Guru Pembina Negara Bangsa
No comments:
Post a Comment