Nuffnang

Monday, 24 November 2014

Part II : Bandar Seri Begawan

Assalamualaikum. . .

Terima kasih sebab sudi sambung baca entri ni. . .

Kami sampai kat Brunei dah petang, memang terkejar2 jugak la. .sebabnya akan berpatah balik tidur kat Miri. Masuk2 ja kat Negara Brunei ni sejuk ja mata tengok sighboard kat sebelah jalan subhanallah. .Alhamdulillah. .macam kat Kelantan pun ada. tapi baguskan . sambil2 memandu. tertengok mesti akan terbaca. dah dapat pahala. .Abg ipar cuba onn radio Brunei, dengar bacaan Al-Quran ja.memang pengedam halwa telinga. Dah masuk kat Bandar Seri Begawan, tengok tulisan2 kedai semuanya wajib ada perkataan wajib. Sangat terpegun kot. .walaupun kedai atau bangunan tu milik bukan beragama Islam tetapi masih menggunakan tulisan jawi.Kagum kan????

Tempat pertama kami, kami menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Rasanya sesiapa yang datang Brunei mesti akan melawat masjid ni.Petang tu, ramai sangat pelancong yang datang melawat kat sini. Masuk2 ja dalam pintu masjid.. penyambut tetamu, bagi nasi goreng ayam. Perut yang tak lapar tengok nasi tu, terus rasa lapar. Makanan pertama yang saya jumpa kot kat Brunei. .walaupun nasi goreng. mesti teringin nak rasa kelainan kat negara orang..Seni bina dalam masjid sangat cantik dan menakjubkan. .tapi tak dibenarkan ambil gambar. .tak dapatlah saya nak kongsi gambar dalam masjid..tapi serius sangat teliti seni bina dalaman masjid ni.






Lepas dah selesai solat dan bergambar.Kami menuju ke jeti untuk melawat Kampung Ayer yang terkenal di Brunei. Kalau datang kat Brunei tak melawat Kg Ayer ni memang tak sah kot. Fayyadh memang teruja dan tak takut langsung naik boat. .tapi Faris yang selalu berani, hari ni dia plak yang takut. .sampai tertidur.Rumah2 yang terdapat di Kg Ayer ni, ada yang masih keseluruhan rumah kayu dan kebanyakkan rumah moden. Apa yang menarik di perkampungan ini, ada masjid, restoran, kedai, sekolah menengah dan rendah, balai polis, balai bomba dan hospital. Sebelum ni, saya ingatkan hanya perkampungan ja di atas air rupanya semua kemudahan lengkap ada. Kampung Ayer ni juga dikenali sebagai 'Venice Timur' .Untuk makluman hampa semua, tidak semua penduduk yang tinggal di perkampungan ini bekerja sebagai nelayan, kebanyakkan bekerja di sektor awam. Kami juga dimaklumkan oleh pemandu pelancong, mungkin akan datang semua rumah2 kayu akan dibangunkan dengan seni bina moden.Memang dah ada rumah yang telah dibina seperti rumah teres dua tingkat kat negara kita.









Dah penat melawat Kg Ayer, masa untuk makan. Kat Brunei, Nasi Katok memang terkenal.Kami makan kat Arhab Restoran,dari jeti tu jalan kaki ja untuk ke restoran ni. Harga makanan kat sini berpatutan. Encik suami makan nasi katok. .Nasi Katok ni macam nasi lemak kat tempat kita..tapi ada kelainan dari segi rasa dia. Nasi dia dihidangkan dengan ayam goreng dan sambal. .nampak simple tapi rasa dia memang ada kelainan.








Selesai makan, dah tersangkut kat kedai kain sebelum sampai kat kereta. Sempat la beli kain untuk buat baju. Harga dia bila dah tukar ke RM masih kira berpatutan. 5.5 meter dalam RM60 lebih .ok tak??ok kan..Sekurang2kan ada cenderahati daripada Brunei. Masa tu banyak kedai dah tutup. .masa pun dah suntuk nak kejar ke imigresen. Pukul 10 malam, imigresen dah tutup. Bayangkan dengan sesat jalan lagi, minyak kereta dah berklip2. Fuh!! memang dugaan. Alhamdulillah 5 minit sebelum pukul 10 malam kami sampai kat kaunter imigresen. Lega sangat.

Kami check in kat Hotel Park Everly Miri dah pukul 10.30malam. Review untuk hotel ni
-sangat puas hati, selesa, makanan yang dihidangkan masa sarapan sangat sedap dan pelbagai
-apa menarikkan pihak hotel ada sediakan kain batik dan pelekat dan siapkan tunjukkan cara pemakaian kain sarung  ni tau
-terima kasih jugak kat  pihak hotel sediakan takwim sembahyang

Keesokkan pagi, lepas  Fayyadh, Faris dan anak buah saya, Iman dan Naseem mandi manda kat swimming pool. Kami pun gerak kat bandar Miri. Kat belakang hotel ni ada pantai tapi tak sempat pun nak pergi. Dah selesai shopping kat Miri, kami pun gerak balik ke Bintulu. . .





Tuesday, 18 November 2014

Part 1:TRIP KE BINTULU MIRI BRUNEI

Hiii
Assalamualaikum

Baru2 ni family kecik saya pergi Bintulu, rumah kakak saya kat sana. Lama dah kot tak pergi sana. Last pergi masa Fayyadh 4 bulan. Sekarang dia dah 3 tahun 3 bulan. . .lama kan.Bintulu ni tempat dia kecik ja. .tapi seronok ja tinggal kat sana. .saya pergi sana pun sebab nak melawat kakak  kat sana. .memang la tak tempat yang menarik tapi boleh la nak melawat tempat orang kan. Apa yang besh kat sana. .makanan laut dia murah kot. geram ja tengok. .bila blik semenjung asyik nak bezakan ja harga dengan Bintulu. Kalau pergi sana mesti akan pergi Pantai Tanjung Batu , Tamu dan PUB.Apa pergi PUB. . PUB tu singkatan daripada Pasar Utama Bintulu ya adik2..jangan salah anggap plak. Seronok melawat tempat orang sebabnya saya suka tengok, rasa makanan yang pelik kat tempat orang. .masa pergi Tamu. macam2 sayur ada kat sini.



Flight kami awal pagi...7.25 am. Encik suami guna perkhidmatan mytaxi. memang mudah dan pantas. .Mula tu dah ada driver taxi yang bagi respon. .dia ingat suruh amek jam 4.00 pm. Bila tanya lagi sekali 4.00 am. truz dia tak jadi. Lepas tu encik suami request blik. Akhirnya ada driver taxi lain yang akan amek kami. Tambang naik teksi dari rumah saya(Presint 5) ke Putrajaya Sentral harganya RM13 ja. 

Kalau nak jimat masa dan wang bolehlah naik ERL ke KLIA2. Waktu Operasi ERL seawal 4.50 am kat Putrajaya Sentral, sempat sangat la kami sampai awal kat KLIA2. Tak lama pun tunggu kaunter buka pagi tu. Tambang untuk seorang dewasa RM6.20. dua orang RM12.40.jimat tak??? Teksi+ERL = RM25.40.

Sampai2 KLIA2 , terus pergi check in. .Lepas check in, beli makanan untuk breakfast. Beli jugak walaupun encik suami dah sediakan sandwich pagi tu.Syukur sangat bawak twin stroller. .sebabnya jauh jugak jalan nak pergi ruang menunggu tu..tapi KLIA2 sangat selesa.Kemudahan yang disediakan pun puas hati. 

Perjalanan KL- Bintulu mengambil masa 2 Jam..Fayyadh bangun kejap ja..tak lama tu dia dah tido. Faris bagi minum susu pun masih segar..yala baru bangun tido.abah n abg Fayyadh dah selamat tido. Tinggal la Faris n Ibu. .masa tu memang mengantuk tahap gaban dah. .saya buat2 tido. .akhirnya Faris pun tewas jugak sebab tak ada orang layan dia. Kalau tak, nak main ja. bukak tutup tingkap. nak baca buku. .Jam 9 lebih kami sampai kat Bintulu.

Beratur panjang jugak masa kat kaunter imigresen untuk dapatkan surat pelepasan masuk ke Bintulu.Lepas dah amek beg..kakak saya dah tunggu. .Faris tido lagi . Fayyadh dah bangun..Fayyadh macam biasa lama tak jumpa alang n sepupu dia mesti malu2 kucing.




PANTAI TANJUNG BATU

Tido kat rumah kakak saya semalam, esok pagi tu jam 6.30 am. Kami bertolak ke Miri..Perjalanan Bintulu - Miri ambil masa dalam 3 jam. .Jalan nak pergi Miri ni ,memang beralun2 tau. .nak ke toilet atau beli makanan . Kena beli siap2 sebelum tu. Sepanjang perjalanan ladang kelapa sawit dan hutan ja.Sampai kat Miri, kami sarapan merangkap makan tengahari. Lepas tu, tukar duit siap2.

Jam 2.00 pm, baru bertolak dari Miri- Brunei. Sebelum masuk ke Brunei, ada caj melalui tol Jambatan Rasau, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Caj lebih kurang RM10 duit kita.

>>>>>>>sambung kat Part 2.



Tuesday, 11 November 2014

TIPS PERBAHARUI PASSPORT

Assalamualaikum

Fuhh!!lama tak update blog. .nak update susah betoi nak amek mood. . .memang malas sangat kot..tapi nak jugak saya kongsikan tip2 nak perbaharui passport. Sebelum nak pergi imigresen puas la saya mintak tolong pakcik google. . .godek2 sana sini nak dapatkan info. Tambah2 sekarang pejabat imigresen untuk renew passport dah berpindah. Dulu saya pergi kat Presint Diplomatik. .sekarang dah bertukar. .yupz. .orang yang selalu travel memang diorang akan selalu update kot. .Saya ni dah lama tak keluar negara. tak amek tahu sangat.

Ok untuk pengetahun korang semua. . bakal2 pengembara. .yang belum tau kat mana pejabat imigresen kat Putrajaya ni. sekarang korang bley terjah menara Ikhlas. .korang ikhlas tak baca blog saya???Alamatnya. .Aras 3, Tower A, Bangunan Menara Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana , Presint 3, mula beroperasi 7 April 2014.Mesti blur kan kat mana Menara Ikhlas ni. .menara ni sebelah Istana Kehakiman. .kat sini kan selalu orang amek gambar. .





Nak pergi waktu mana?Ok korang bley la cari masa2 yang sesuai. 

Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pejabat Imigresen Selangor
  • Pejabat Imigresen Negeri Sembilan
  • Pejabat Imigresen Melaka 
  • Pejabat Imigresen Pahang
  • Pejabat Imigresen Perak
  • Pejabat Imigresen Pulau Pinang
  • Pejabat Imigresen Perlis
  • Pejabat Imigresen Sabah
  • Pejabat Imigresen Sarawak
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang
  • Pejabat Imigresen Negeri Sembilan: Seremban
  • Pejabat Imigresen Selangor: Shah Alam,Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang
  • Pejabat Imigresen Pulau Pinang: Seberang Jaya
  • Pejabat Imigresen Sarawak: Kuching, Miri
  • Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Putrajaya: Pejabat Pasport Presint 3


Hari tu saya pergi hari ahad.Memang bangun awal la pagi tu. .sampai 7.10 pagi, dengan harapan kami la antara orang terawal. .tut. . tut.. tut...orang dah ramai beratur panjang. .dah sampai ke jalan besar. nak tahu saya dapat no. berapa. .walaupun sampai jam 7.10 pagi.1113. .amek empat no.walaupun pejabat belum bukak. .orang ramai. .ada orang yang beratur belakang saya tu. dah datang kali keempat. .dia bagitau sebelum ni pergi kat kajang 2 kali. .ni kali ketiga kat Shah Alam. semuanya hampa. .no giliran dah habis. .dia pernah sampai 6 pagi. .orang dah ramai. .ni kat Putrajaya rezeki dia dapat no.Saya beratur sementara encik suami g cari parkir. .dah la masa tu hujan renyai2. .memang sabar ja la dengan dukung Faris. pegang payung. .Faris plak buat perangai tak nak dok bawah. Tak lama lepas tu encik suami plak sambung beratur. .tapi saya kesian kat makcik2 yang dah tua kena jugak tunggu lama2 . Nasib ada orang tolong beratur untuk diorang.Sepatutnya kena kot ada kaunter khas untuk warga tua dan OKU.




Kalau nak perbaharui passport ni kena bawak apa???

Bawak diri dan kad pengenalan ja.Tak payah susah2 nak pergi amek gambar. .tapi untuk anak2 kecil kena bawal kad pengenalan, surat beranak dan gambar. .Faris amek gambar kat situ ja.sebab kenapa anak kecil kena amek gambar siap2 .sebabnya  takut masa tu anak2 kecil ni tak bagi kerjasama. .kalau kat kedai gambar. .bley amek masa lama2 kan nak ikut mood diorang. .kalau kat sana kesian plak orang dok tunggu kita. Nasib hari tu Faris bagi kerjasama. .siap senyum. .dah sudah amek gambar tepuk tangan lagi. Untuk Fayyadh plak. .walaupun dia tak kena renew lagi. .gambar dia masa setahun 2 bulan. .terpaksa la tampal gambar yang terkini. .Fayyadh memang tak bley amek gambar kat sini. .dapat2 amek no. giliran terus tanya kat staff imigresen. .untuk Fayyadh punya macam mana. Jawapan dia memang kena pergi amek gambar. .masa tu baru pukul 8 pagi. Memang kedai tak bukak. tapi nak jugak cuba nasib . mana tau ada kedai yang bukak awai. pusing 1 Putrajaya. memang tak ada jugak yang bukak. lagipun kat Putrajaya tak banyak kedai gambar. yang saya tahu kat Presint Diplomatik , Presint 9 dan Alamanda. tapi semua tak bukak lagi masa tu.Akhirnya berserah ja. .dah penat dua tiga kali pusing. .terus pergi menara Ikhlas. .nasib no giliran kami kena panggil pukul 10 pagi. .dan tanya kat staff kat kaunter tu. .dia cakap bley lagi guna no.giliran tu untuk Fayyadh punya.Fuh lega. kan. .ingat saya kena datang lagi untuk uruskan passport Fayyadh. 






Untuk nak info yang lebih detail korang bley baca kat sini tau.Ok dah baca????camna faham

Ok, sementara encik suami dan Fayyadh pergi amek gambar Fayyadh kat Presint Diplomatik .nasib kedai tu bukak jugak. .hari ahad kedai tu bukak pukul 10 pagi..saya tunggu giliran untuk urusan pembayaran dan serahan. . .tunggu punya tunggu. .sampai encik suami selesai amek gambar Fayyadh.
Pukul 11 pagi, no giliran kami pun dipanggil untuk urusan pembayaran. Jumlah semua untuk saya, encik suami dan Faris.RM280. Fayyadh tak kena caj apa2 pun.cumanya dia amek gambar Fayyadh 3 keping. sampai sekarang tinggal tanda tanya kenapa amek sampai 3 keping.Sejam lepas tu baru siap untuk passport kami bertiga. Fayyadh punya kena tunggu lama jugak .Faris amek passport untuk tempoh 2 tahun ja. .sebabnya nanti kena tampal gambar terkini jugak. .






Pesanan ...Pesanan. .

  • Korang datang awal tau. .untuk dapat no. giliran yang tip top.seawal 6 pagi kot
  • Semak betoi2 apa yang perlu kena sediakan. 
  • Kalau ada anak kecil bawak makanan ringan dan termasuk keperluan anak kecil supaya depa tak meragam
  • Kat Menara Ikhlas tu, hanya da satu kedai makan , kalau nak mudah beli siap2 makanan
  • Untuk Ibu menyusu, jangan risau kat sana ada bilik untuk menyusu
  • Toilet dia jauh sangat kat bangunan depan. .sebabnya toilet kat bangunan tu kena kunci
Saya harap entri kali dapat membantu bagi sesiapa yang tengah mencari info untuk renew passport. Selamat bercuti. .