Salam semua
Jom terjah resepi
Pernah tak makan KULAT SISIR
Seingat saya. . .saya makan kulat sisir ni masa kecik2 dulu ja
Kulat goreng pun dah sedap kot
Kulat sisir tumbuh selepas hujan
Nak cari kulat ni,kat pokok2 getah yang baru ditebang
Tapi susah sangat nak dapat kulat ni
Kalau kat kampung2 senang nak dapat
Tu pun kena cari kat pokok2 getah
Nak cari kat mana . .
kalau tinggal kat Putrajaya
Saya pun kebetulan terjumpa masa ada Pasar Tani kat ofis baru2 ni
sekilo pakcik tu jual Rm40
saya terkejut gak. . .
Memandangkan susah nak jumpa
Saya beli jugak kulat sisir ni
Malam tu terus masak
Kulat sisir goreng |
RESEPI
sangat simple
Kulat sisir - dibasuh bersih2+toskan+gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam
Bawang Merah -3 biji
Bawang Putih - 2 Biji
Ikan Bilis - 1 genggam
Serbuk perasa
Masa untuk menggoreng
Tumiskan minyak masak
Kemudian Masukkan Bawang Merah+ Putih
Dah naik bau
Masukkan ikan bilis
Lepas tu baru masukkan Kulat sisir
masak sehingga naik bau
Siap untuk dihidang
tak goreng
nak cuba masak lain
Ok korang semua boleh
cuba masak lemak dengan ikan bilis
terpulang la nak ikan bilis
atau ganti dengan udang
Resepinya
Bawang merah-4 Biji
Bawang putih- 3 Biji
Kunyit Hidup - 2 inci
Ikan Bilis - segenggam
Tumbuk semua bahan di atas
Santan
Air
Serai
Serbuk Perasa
Garam
Kulat sisir
Tumis bahan yang ditumbuk
Kemudian masukkan Air+Serai yang diketuk+Kulat sisir+Santan+serbuk perasa+garam secukup rasa
Masak sehingga naik bau dan mendidih
Siap!!!